DhiaLova

Selain unik, ini 5 ciri lain anak kedua yang korang kena tahu

Oleh  | 

DALAM adik-beradik kita, masing-masing mempunyai perangai yang tersendiri. Setiap daripada kita mempunyai keunikkan tersendiri. Misalnya, anak sulung dan anak bongsu selalu dikatakan yang paling manja. Maklum sahajalah, ibu-bapa kita mesti akan bagi perhatian lebih pada mereka.

Namun, sifat anak kedua biasanya berbeza daripada yang lain. Menurut Catherina Salmon, profesor psikologi di Universiti Redland, anak kedua ni ada sifat yang lebih menonjol serta menjadikan mereka lebih unik.

Ha, jadi dalam artikel ini kita nak sembang apakah 5 ciri unik tersebut.

Tak bergantung dengan mak ayah

Kerana kurang masa dihabiskan dengan mak ayah, anak kedua jarang meminta pertolongan daripada mereka. Anak kedua biasanya lebih memilih kawan jika menghadapi sebarang kesukaran.

Pendengar yang baik

Ha! Anak kedua pula boleh menjadi seorang sahabat yang baik kerana selalu menghadapi pelbagai karakter orang. Korang boleh bercerita apa sahaja kepada mereka kerana mereka tahu bagaimana untuk membuat kita berasa selesa bila berada disampingnya.

via GIPHY

Suka cuba benda baru

Oleh sebab anak kedua tak menjadi tumpuan mak atau ayah, jadi mereka dah biasa mencuba sesuatu yang baru dan berdikari. Maka, mereka akan lebih berfikiran terbuka.

Memahami

Menurut Catherine Salmon, apabila anak kedua mendewasa, mereka lebih menghargai kepentingan sesuatu hubungan. Jadi, mereka adalah orang yang paling bahagia dalam cinta.

via GIPHY

Boleh berunding

Memiliki keperibadian yang suka bergaul membuatkan anak kedua  menjadi seseorang yang pandai berunding. Jadi, sangat sesuailah kalau mereka ini bekerja sebagai pegawai, ahli politik, pelakon, atau pengacara

Ha, agak-agaknya ada tak ciri-ciri di atas melambangkan korang yang anak kedua ni? Kalau ada untunglah sebab orang mesti bernasib baik dalam perhubungan dan percintaan.

Sumber: Theasianparent

1 Comment

  1. Ono supri

    26 October 2019 at 6:58 pm

    1-4 okelah, nomor5 taklah

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my