Be-You-Ty

Selain untuk dimakan, 4 kelebihan buah pisang dalam kehidupan harian kita

Oleh  | 

KITA tahu pisang merupakan makanan yang terbaik. Dengan sebiji pisang sahaja bermacam benda kita boleh gunakannya.

Namun, apa yang kita sering dengar adalah kulit pisang dapat membantu mengurangkan kesan parut pada kulit kita. Sebenarnya ada lagi kelebihan yang kita boleh gunakan dengan buah pisang?

So today, sis nak kongsikan dekat korang 5 kelebihan buah pisang selain untuk dimakan!

Mask muka

Tak payah bersusah payah belanja mahal-mahal untuk kulit cantik dan awet muda! Korang boleh gunakan buah pisang sebagai natural remedy.

via GIPHY

Caranya mudah saja, ambilkan sebiji pisang yang ranum dan hancurkan isinya. Campurkan dengan 1/2 yoghurt biasa, dua sudu madu dan kacau sehingga sebati. Ratakan ke seluruh muka selama 20 minit dan bilas sehingga bersih!

Lembutkan daging

Korang tahu tak buah pisang yang ranum boleh digunakan untuk melembutkan daging ketika di masak? Mesti korang tak percaya kan.

via GIPHY

Caranya senang je! Kalau korang tengah masak daging tu, letakkan buah pisang yang telah di buang kulitnya dan fungsinya untuk mengelakkan daging tersebut menjadi liat.

Mengilatkan  barangan berkulit

Sis pasti ramai diantara kita ni mesti mempunyai barang, beg atau kasut berkulit kan? Barang berkulit ni kalau tak jaga habis lah nampak buruk.

via GIPHY

Caranya gosokkan bahagian dalam kulit pisang tersebut pada barang kulit tersebut.

Membantu untuk berhenti merokok

Buah berwarna kuning ini mampu untuk mempercepatkan proses berhenti merokok. Ini disebabkan buah pisang mengandungi tahap B-vitamin yang tinggi dan potassium yang bantu mempercepatkan proses kesan pengeluaran bahan rokok dari dalam badan perokok.

via GIPHY

Sis harap korang enjoy artikel ini. Dengan Sebiji buah yang tidak sebesar mana mempunyai kebolehan yang sangat besar!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my