Serious?!

Selamat Hari Lahir bintang Bollywood kami! Shah Rukh Khan

Oleh  | 

SIAPA yang tidak kenal dengan Raja Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang selalu membawakan watak lelaki romantis. Sebab itulah dia selalu menjadi kegilaan para gadis. Tidak kurang juga ada yang meminta tip ‘dating‘ dan ‘cinta’ daripadanya.

Hari ini pelakon dari India itu telah menyambut ulangtahun kelahiranya yang ke 52 tahun. Jom kita semak apakah  antara fakta menarik tentang pelakon  itu.

Menerima anugerah kehormat

Datuk Shah Rukh Khan pernah menerima  anugerah doktor kehormat. Pertama daripada Universiti Bedfordshine, Britain sebagai menghargai   sumbangan beliau dalam bidang seni dan budaya. Beliau juga pernah menerima anugerah yang sama daripada Universiti of Edinburgh di atas sumbangan beliau dalam dunia perfileman serta kerja kemasyarakatan.

Dilwale dan Raja Bollywood

Kemunculan Shah Rukh Khan dalam Dilwale telah membuktikan aktor itu masih menyandang gelaran Raja Hindustan apabila filem itu berjaya mencatat kutipan RM64 juta  di India setakat dua hari ditayangkan.

Rakam ucapan khas

Ketika jumlah pengikut twitter mencecah 33.3 juta, Datuk Shah Rukh Khan merakan ucapan khas sebagai penghargaan khas buat peminat yang menyokongnya selama ini.

Penerima Anugerah Kristal

Datuk Shah Rukh Khan antara penerima Anugerah Kristal sewaktu Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2018. Beliau menerima anugerah tersebut sebagai menghargai usahanya dalam membela nasib wanita dan kanak-kanak India yang teraniaya.

#HappyBirthdayShahRukhKhan

Peminat mula membanjiri tweet ucapan hari lahir kepada Shah Rukh Khan dengan hashtag #HappyBirthdayShahRukhKhan di twitter

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my