Serious?!
‘Selamatkan’ Sherry di atas pentas, Aliff Satar sekali lagi dinobat ‘true gentleman’!
KALAU sebelum ini Aliff Satar mejadi perhatian warganet kerana sikapnya yang penyayang terhadap isteri. Kali ini mana penyanyi itu melonjak dan trending sekali lagi apabila Aliff telah ‘menyelamatkan’ Sherry Al Hadad daripada ditertawakan oleh orang ramai apabila salah seorang juri mengatakan dia mempunyai badan yang besar.
Insiden itu terjadi apabila Aliff dan Sherry sedang mengacarakan sebuah rancangan realiti yang disiarkan secara langsung. Ia berlaku secara spontan apabila salah seorang juri dalam rancangan itu mula mengeluarkan ayat
“This opportunity is very big. Even the host is big”
Walaupun juri itu hanya berlawak, ternyata netizen menyifatkan ayat itu sebagai body shamming yang tidak sesuai dijadikan bahan lawak. Aliff nampaknya tidak selesa dengan keadaan itu terus ‘menyelamatkan’ Sherry dengan berkata,
“Hey you are right. She has big talent, bro. That’s what you meant,”
Kalau aku lah kan jadi sherry aku baling mic tu hormat lah kami yg sasa sasa ni ye. Bukan main mark adam ni #Bigstage pic.twitter.com/T7kwfdpeQW
— Hafiiyyy (@hxfiy) August 18, 2019
Reaksi spontan Aliff itu nampaknya telah membuatkan ramai netizen cair sehingga melabel lelaki itu sebagai True Gentlement! Wow!





Mungkin juri itu bukanlah sengaja berkata begitu dan menganggap ia sebagai jenaka. Tapi di tahun 2019 ni, nampaknya menjadikan fizikal orang lain sebagai bahan lawak dah tak valid lagi. Apapun, kita semua perlukan seorang kawan yang macam Aliff ni untuk back up kita at all cost. Gitu!





Komen Terkini