D-Life

Selami budaya orang asli di bumi George Town!

Oleh  | 

TAK rugi rasanya sis bercuti ke Pulau Pinang baru-baru ini. Selain dapat berkunjung ke tempat-tempat menarik dan merasai makanan-makanan yang enak di sana, sis juga berpeluang untuk menyertai George Town Festival yang secara kebetulan dianjurkan sepanjang bulan Julai tahun ini. Aktiviti-aktiviti kesenian yang dijalankan menerusi program ini sememangnya menarik dan secara tidak langsung dapat memperkenalkan budaya-budaya dan kesenian yang ada di Malaysia. Sambil jalan-jalan boleh juga terima input yang menarik seperti ini kan?

Selain program Warna Warni George Town, sis rasa tertarik untuk menyertai program Gerimis yang merupakan salah satu program di dalam George Town Festival. Program Gerimis merupakan pameran seni Orang Asli yang telah dikelola oleh 6 orang asli yang terdiri daripada Shaq Koyok (Temuan), Leny Maknoh (Temuan), Vicky Eluq (Semai) dan jurugambar, Jefree Salim (Orang Seletar) serta Ronie Bahari (Semai), selaku ahli Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Orang Asal Perak. Objektif utama mereka adalah untuk memperkenalkan kebudayaan dan kesenian orang asli kepada orang ramai dan pelancong daripada luar negara. Selepas menyertai pameran ini, baru sis tahu orang asli juga mempunyai puak mereka tersendiri tau.

Selain daripada persembahan story telling yang dijalankan menerusi program Gerimis ini, korang boleh selami kehidupan orang asli menerusi foto, video, alat tradisional, dan zine yang telah mereka sediakan. Sambil-sambil berjalan di Pulau Pinang tu, korang bolehlah selitkan program Gerimis ini dalam tentatif percutian korang.

Pada pandangan sis, dengan adanya program seperti ini korang boleh merasai sendiri kehidupan orang asli dengan lebih dekat. Komuniti orang asli mempunyai keunikan mereka tersendiri dari segi kehidupan seharian, kebudayaan dan kesenian mereka. Kalau tak percaya, korang boleh cuba rasai pengalaman ini di George Town Festival!

Untuk mereka yang berminat ke pameran ini, bolehlah datang ke Whiteaways Arcade bermula daripada 13 hingga ke 28 Julai. Korang waze je nama tempat ni confirm akan jumpa. George Town Festival akan berakhir pada 28 Julai ini tau. Tunggu apa lagi? Plan cepat cuti korang untuk ke Penang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my