Inspirasi Dhia

Selebriti wanita ‘beauty with brain’ di Malaysia

Oleh  | 

MASIH ramai yang beranggapan selebriti tempatan terutamanya artis wanita tidak berpelajaran tinggi. Sudah kira menjadi kebiasaan, dan mereka dikatakan hanya perlu ada rupa paras yang cantik dan dillabel sebagai artis jual muka.

Jadi, harini sis nak kongsi selebriti wanita tempatan yang bukan sahaja cantik malah memiliki latar belakang pendidikan yang membanggakan! 

Yuna

Anak kelahiran Kedah ini telah memilih untuk mengembangkan bakatnya di Amerika Syarikat sejak lapan tahun yang lalu. Kalau korang nak tahu, sebelum Yuna memilih untuk menjadi penyanyi dia adalah peguam terlatih dari UiTM dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari universiti yang sama. No wonder la Yuna boleh bertutur perfect English!

Dr. Soo Wincci

Bekas ratu cantik ini dikatakan mempunyai paling banyak kelulusan pendidikan. Pada tahun 2016, Soo Wincci telah menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) setelah berpenat lelah selama enam tahun untuk menghabiskan tesisnya. Tak cukup dengan tu, Soo Wincci juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muzik dalam genggamannya.

Lisa Surihani

Pelakon cantik ini amat terkenal dengan pelat ‘R’ nya tapi jangan tak tahu! Lisa merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Aberystwyth Wales, United Kingdom. Walaupun Lisa tidak bekerja sebagai seorang peguam tetapi beliau aktif dalam kegiatan kemasyarakatan, hal-hal kebajikan dan kempen kesedaran.

Farah Nabilah 

Duta produk make-up antarabangsa Maybelline ni bukan je pandai berlakon dan cantik tapi Farah juga merupakan graduan dari Kampus Universiti Upper Iowa dan Universiti SEGi. Farah berhasil untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari dua universiti berkenaan. Fuhhh!

Nabila Razali

Sebut je lagu Pematah Hati satu Malaysia tahu kan? Kalau korang nak tahu bekas pelajar Akademi Fantasia ni merupakan seorang yang sangat kreatif! Ini terbukti apabila Nabila merupakan pemegang untuk segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Senibina, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. 

Wahh! Hebat-hebat kan dorang ni? Amacam terinspirasi tak?

 

Penulis: Gee Muhamad

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my