Be-You-Ty

Selena Gomez tampil dengan produk kosmetik sendiri, siapa excited nak cuba?

Oleh  | 

OMG! Tak hanya berlakon dan bernyanyi, kini selebriti Hollywood itu nampaknya melebarkan sayap ke bidang perniagaan apabila menghasilkan produk kosmetikya sendiri iaitu Rare Beauty. Selena Gomez mengajak orang ramai untuk mendapatkan kecantikan masing-masing yang disifatkan unik dan langka.

Menurut Salena, usaha nak wujudkan produk kosmetik sendiri ini bukannya dirancang dalam tempoh yang sekejap. 2 tahun diperlukan untuk mencetuskan idea dan merealisasikan impian ini.

“Rare Beauty bakal dilancarkan di Sephora pada musim panas ini,” kata Sena menerusi Instagram rasminya.

Kalau korang tengok video ini pun, nampak macam Selena dan team dah ready dengan beberapa jumlah produk seperti gincu, blush on, eyeshadow dan span muka. OMG! sistak sabar nak tengok macam mana hasil produk penyanyi Lose You To Love Me ini.

“Menjadi rare maksudnya berasa selesa dengan diri sendiri. Tak payah menjadi sempurna. Cukuplah sekadar menjadi diri sendiri. Rare Beauty lebih dari sekadar label kecantikan. Saya harap semua boleh berhenti membandingkan diri dengan orang lain dan terima keunikan kita tersendiri,” katanya dalam video berkenaan.

Kalau korang mak tahu, Selena pun baru keluarkan album baru tau bertajuk Rare.

Selena Gomez bakal bergabung dengan beberapa bintang lain yang dah mempunyai makeup line tersendiri macam Rihanna, Lady Gaga dan Jennifer Lopez.

Lepas ini bolehlah suruh pakwe belikan. Lepastu minta kat dia suprise korang dengan makan malam romantik. Ala, murah je dekat superdeals. Tekan sini cepat.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my