D-Life

Selepas 10 tahun, sekali sekala nak juga dengar lagu-lagu kpop ni!

Oleh  | 

MEMASUKI tahun 2019, pasti banyak perkara yang kita lalui lebih-lebih untuk korang yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an. Dhia yakin korang pasti melalui fasa-fasa dimana genre-genre lagu silih berganti menjadi popular mengikut peredaran zaman.

Seperti yang kita sedia tahu, muzik-muzik daripada negara Korea Selatan sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat negara kita sejak dekad yang lalu. Kini, sudah lebih 10 tahun muzik kpop kekal menjadi kegemaran masyarakat kita dan masih relevan  lebih-lebih lagi banyak kumpulan-kumpulan kpop yang  baru muncul bagai cendawan selepas hujan sehingga hari ini.

Jadi bagi mengubat kerinduan korang pada kumpulan-kumpulan kpop terdahulu yang sudah dikira sebagai ‘legend’, sis nak belanja korang lagu-lagu yang sememangnya akan menggamit memori kita sewaktu muda belia dahulu. So, check it out!

Selain lagu-lagu yang Dhia senaraikan kat atas ni, banyak lagi lagu-lagu dan kumpulan-kumpulan kpop yang sudah dikira legend pada ketika ini. Antaranya kumpulan Sistar yang menampilkan aura sexy dalam lagu-lagunya. Siapa tak kenal ketuanya yang bernama Hyorin ketika itu. Lunak habis vokal dia. Sekarang nama dia dah tukar jadi HYOLYN okey. Dah bergerak solo dah pun.

Apapun, share sikit lagu mana yang korang hafal sampai sekarang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my