D-Life

Seluar korang pudar? Jangan buang, ada caranya!

Oleh  | 

KEBANYAKKAN daripada korang, mesti ada seluar favourite yang korang selalu pakaikan? Selagi boleh pakai, mesti korang akan pakai sampai lah dah lusuh. Bukan apa, sebab dah selesa dan kita rasa yakin bila pakai seluar tu.

Tapi sayangnya bila seluar yang korang selalu pakai tu mula pudar! Mula la nak buangkan. Nah! Sis kongsi cara untuk korang kembalikan warna jeans korang.

Dapatkan Fabric dye

Okay so firstly, korang kena dapatkan fabric dye ni. Tak kira lah brand apa, but janji korang beli fabric dye tau. Tak silap sis harga one packet murah je. Ikut korang nak beli warna apa untuk naikkan balik warna seluar korang tu. Pastikan korang beli satu packet untuk sehelai seluar. Meaning here two pants , two packets okay!

Sediakan dua solutions yang berbeza

Alright, after dapatkan fabric dye tu, korang kena sediakan dua jenis solution yang berbeza. Untuk solution yang pertama, korang sediakan 6 liter air panas yang dicampurkan dengan 30 gram garam. Kalau nak warna pekat, kurangkan air.

Solution yang kedua, korang prepare 500ml air paip dan campurkan fabric dye yang korang beli tadi.

Campurkan kedua-dua solution

Bila solution satu dan solution kedua dah sebati, korang campurkan kedua-dua solution tersebut dan kacau sampai warna jadi sebati. Pastikan kedua-dua solution yang dicampurkan tu digaul dengan sebati, Ewah macam nak memasak pulak!

Put on your glove & dip!

Seterusnya, korang dah boleh ambik seluar korang tu dan celup ke dalam bekas campuran solution-solution tadi.

Let it sit

Korang boleh gaul seluar tu untuk memastikan setiap bahagian terkena dengan warna fabric dye tu dan continue menggaul selama 15 minit. More than that, korang biarkan rendam selama 45 minit. After a while, korang gaul lagi selama 10 minit.

Cuci dalam washing machine

via GIPHY

Okay, lepas dah habis rendam dan gaul, korang boleh basuh dalam washing machine. Tak perlu tambah sebarang sabun atau pencuci. Biarkan seluar korang dibilas dalam washing machine untuk buang any lebihan fabric dye yang melekat diseluar tu, jemur dan voila!

Alright guys, senang jekan steps ni? Lepas ni sis pun nak cuba la dekat seluar-seluar sis! Dan tips ni sesuai jugak untuk korang gunakan untuk baju-baju yang sesuai. Lepas nikorang tak perlu lagi nak beli seluar selalu. Maklumlah hidup ni kena la berjimat cermatkan. Pastikan korang ikut steps yang betul okay. Best of luck girls!

 

 

 

 

Sumber:@madermn

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my