Serious?!

Semak cepat! 5 tanda-tanda komputer korang tengah kena intip

Oleh  | 

KOMPUTER riba merupakan salah satu perkara yang boleh dikira biasa dan kebanyakkan orang telah pun memilikinya. Mana tak nya, zaman teknologi canggih ni nak buat kerja semua menggunakan laptop.

Pada sis, zaman teknologi moden ini merupakan both curse and blessing bak kata orang putih ha gitu. Sangat lah membantu kita dalam pelbagai urusan dan sumpahannya risiko maklumat peribadi kita boleh dicuri.

Oleh sebab itu, sis nak kongsikan dekat korang 5 ciri-ciri komputer korang tu sebenarnya sedang diintip oleh seseorang. Jom semak !

Bateri

Cryptomining merupakan proses yang menggunakan pemproses yang boleh menyebabkan jangka hayat bateri komputer korang tu cepat habis. Bukan itu sahaja, korang boleh check  sekiranya perisian yang tidak diingini berjalan semasa kompoter korang tengah aktif tu.

Kerap terpadam

Pada kebiasaanya penggodam akan mencari cara yang pelbagai untuk mendapatkan data dan maklumat peribadi kita. Ada langkah dan cara untuk mereka meletakkan kod yang khas kedalam aplikasi anda bagi mengumpulkan maklumat secara automatik. Kalau korang punya komputer tu kerap terpadam dan berfungsi dengan perlahan, berkemungkinan sesorang cuba untuk mencuri data peribadi kita!

Loading….

Katakanlah korang baru je beli komputer riba yang baru dan baru sahaja pakai tak sampai beberapa minggu, korang punya laptop menjadi sangatlah slow. Mungkin juga ada berjangkit dengan virus.

Camera depan berlampu

Korang tahu tak dengan laptop korang yang mempunyai kamera dan mikrofon depan tu pun boleh di pintas masuk oleh penggodam? Bahaya tau sebab diorang ni boleh rakam suara dan gambar kita sekali!

Pop-ups

Pernah tak korang tengah layan internet tiba-tiba banyak iklan muncul secara tiba-tiba? Hati-hati dengan iklan-iklan ni sebab ia boleh menyuntikan virus dalam komputer dan sekaligus data korang pun lesap.

Semoga artikel ini dapat membantu korang untuk kekal selamat dari dunia internet yang boleh membahayakan kita.

Sumber:Iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my