D-Life

Sembang: Berapa kos paling munasabah nak buat majlis kahwin zaman ini?

Oleh  | 

KECOH juga di laman sosial baru-baru ini apabila sebuah kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang berumur 30 tahun keatas menujukkan hampir 2 juta wanita berusia 30 keatas di Selangor dan Johor masih belum berkahwin.

Memandangkan kajian tersebut tak cakap apakah sebab dan alasan sehingga menyebabkan ramai yang tak kahwin lagi. Namun ramai juga netizen yang memberikan pendapat dan komen mengenai isu ini. Ada yang cakap ekonomi semasa menjadi satu punca kenapa tak ramai yang kahwin lagi.

Radio tempatan, Kool Fm ada membuat perbicangan tentang jumlah kos kenduri kahwin yang paling munasabah zaman ini. Semakin lama, semakin meningkat la kos untuk buat kenduri kahwin dan juga wang hantaran. Kalau dulu, mungkin RM5 ribu masih relevan. Sekarang, hantaran pun dah mencecah Rm1o paling minimum.

Menurut seorang pemanggil bernama Encik Saiful, semasa dia berkahwin sekitar 90an, kos yang diperlukan untuk sebuah majlis ialah sekitar RM8 ribu dan masih lagi mengekalkan tradisi rewang. Zaman itu khemah pun mereka dibuat sendiri.

Ibu ayah campur tangan

Ada juga yang berpendapat, kadangkala memang pengantin nak majlis yang sederhana dan tak guna bajet yang banyak. Namun campur tangan ibu bapa yang inginkan majlis serba serbi mewah buat pengantin terpaksa buat majlis yang melebihi duit dalam poket sendiri.

Boleh buat sendiri

Hana pula berpendapat, kalau dapat keluarga yang tak kisah. Boleh saja  buat majlis biasa sahaja. Kalau pengantin seorang kreatif, lebih banyak kos yang boleh dipotong. Mana tidaknya, pelamin pun boleh buat DIY.

GAMBAR HIASAN, TIED THE KNOT PHOTOGRAPHY, SAYS.COM

Penurut perancang perkahwinan Dato Zainal, kos untuk melakukan majlis perkahwinan terpulang kepada poket pengantin masing-masing. Harga relevan untuk zaman sekarang ini setidaknya RM15 ribu itupun dibuat di rumah dan bukannya di dalam dewan.

Maklumlah, barang bukannya murah. Kalau memang korang ada bajet sebab dah menabung lama, silakanlah. Yelah, majlis perkahwinan ini sekali seumur hidup. Namun, ada juga yang berpendapat lebih baik fokus kepada kehidupan selepas majlis. Korang rasa macam mana. Berapa yang korang mampu untuk buat majlis kahwin?

via GIPHY

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my