Serious?!

Seminggu mengenang serangan Christchurch : Faizal Tahir anggap ini suatu ‘panggilan’

Oleh  | 

DI hari yang sama pada minggu lalu, tiada siapa dapat menyangka rutin ke masjid untuk solat Jumaat akan bertukar menjadi tragedi apabila 50 nyawa hilang di hujung mata senapang.

Lebih mengejutkan lagi, ia terjadi di New Zealand yang pernah tersenarai sebagai nombor dua negara paling aman dalam carta kajian Global Peace Index 2018.

Peristiwa itu ternyata tidak hanya menorehkan luka kepada masyarakat New Zealand, malah seluruh dunia yang turut sama kecewa mengenangkan betapa dasyatnya sebuah kebencian.

FOTO: axious.com

Turut sama terkesan dengan tragedi itu ialah penyanyi dan komposer Faizal Tahir yang terkenal menghasilkan lagu-lagu tentang kemanusiaan.

Tidak mahu memandang kebelakang, Faizal bagaimanapun menganggap apa yang terjadi di New Zealand sebagai sebuah panggilan untuk masyarakat dunia membuka mata agar lebih mengenali Islam.

“Mungkin ini satu panggilan kepada orang ramai yang sudah lama dibasuh oleh media dengan propaganda yang tidak betul khususnya tentang orang Islam.

“Mungkin jadi pembuka mata kepada orang ramai untuk lebih mengenali Islam,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Hot FM Big Jam baru-baru ini.

Menurut pelantun lagu Assalamualaikum itu lagi, mereka yang terkorban sudah pun mendapat syahid di sisi Allah.

“Struggle ada pada kita yang masih hidup. Jaga solat lima kali sehari. Itu yang paling penting. Kalau jadi apa-apa, kita dah jalankan tanggungjawab dengan Tuhan terlebih dahulu,” sambungnya lagi.

BACA: Pencarian terhenti, Haziq disahkan terkorban tragedi Christchurch

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my