Serious?!

“Semoga awak berbahagia,” – Qi Razali ucap tahniah buat Nelydia Senrose

Oleh  | 

“Semoga awak berbahagia,”

Ini ucapan ringkas pelakon dan pengacara Qi Razali kepada bekas kekasihnya Nelydia Senrose. Qi, 44  meluahkan rasa gembiranya melalui ucapan tahniah yang diberikan kepada Nelydia yang bakal berkahwin tidak lama lagi.

Nelydia bakal mengakhiri zaman bujangnya apabila awal bulan lalu dia mengesahkan berita ini dengan mengadakan majlis bridal shower yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekatnya.

Menurut sumber portal tempatan, Qi yang ditemui di sebuah pelancaran single penyanyi baharu Aina berjudul Sumpah meluahkan rasa gembiranya apabila bekas kekasihnya itu akan berkahwin tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, saya gembira Nelydia dapat bertemu dengan lelaki yang boleh membimbingnya, semoga kekal ke anak cucu,” ucap Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohamed Razali.

Tahniah kepada Nelydia Senrose kerana bakal bergelar isteri tak lama lagi. Dengarnya teman wanita Qi Razali ketika ini pun tidak kurang hebatnya. Qi sering dilihat bersama seorang model cantik jelita negara kita sekarang ini. Kemesraan mereka tidak dapat disangkal lagi apabila Qi dan wanita yang dikenali sebagai Nia Atasha itu memuat naik gambar antara satu sama lain di laman Instagram mereka.

Foto: Instagram Qi Razali

Ha! Agak-agak bila turn Qi Razali pula nak mengakhiri zaman bujang? Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat semua ye!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my