Serious?!

Semua penumpang tolong lakukan pemeriksaan dengan kadar segera!

Oleh  | 

DISEBABKAN nila setitik, rosak susu sebelanga. Itu la pepatah yang boleh dikaitkan dengan kes terbaru ini. Kenapa masih mementingkan diri sendiri?

Kerana ingkar nasihat doktor, seorang penumpang sebuah bas dari Johor Bharu menuju ke Kuantan di sahkan positif COVID-19. Dikatakan doktor mengarahkan beliau untuk menjalani sesi kuarantin sendiri di rumah sementara menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan beliau.

Mengikut Jabatan Kesihatan Kuantan, bus yang dinaiki adalah bas Plusliner Ekspress dengan nombor berdaftar VDJ 2367 dan perjalanan yang diambil adalah pada tarikh 16 Mac sebelum kerjaan mengumumkan sistem Kawalan Pergerakan.

Bas tersebut meninggalkan Larkin Sentral di Johor Bharu pada jam 4 petang dan didapati menghala ke Kuantan Terminal Sentral pada hari yang sama.

Berikutan itu, Jabatan Kesihatan Kuantan menggesa semua penumpang yang telah menaiki bas tersebut untuk melakukan pemeriksaan di klinik kerajaan dan pusat kesihatan dengan kadar segera.

 

via GIPHY

Dalam situasi yang tengah genting ini adalah lebih baik kita mendengar arahan daripada pihak-pihak berkuasa demi menjaga keselamatan dan kesihatan diri mahupun keluarga!

Sis harap tak adalah lagi manusia yang menyusahkan orang lain dan membahayakan risiko nyawa orang lain!

Sumber:FreeMalaysiaToday

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my