Serious?!

Senarai band Korea akan buat comeback November ini, Are you ready?

Oleh  | 

NOVEMBER nampaknya akan menjadi bulan yang meriah dengan kemunculan kembali band Korea yang pernah menyepi seketika. Jadi, terubatlah kerinduan para peminat idol sekalian, betul tak?

Jom kita tengok sikit, kumpulan manakah yang bakal buat comeback November ini? Korang jangan terlepas pula tau!

EXO

Boy group yang akan kembali memeriahkan industri hiburan Korea ialah EXO. Mereka bakal hadir dengan album keenam mereka bernama OBSESSION.

WJSN

Kita pergi ke kumpulan yang seterusnya iaitu WJSN! Mereka akan kembali bertemu peminat mereka pada 19 November akan datang. Girl group yang berada di bawah naungan Jellyfish Entertainment itu akan melancarkan album mini mereka bertajuk As You Wish.

CIX

Boy Group dari C9 Entertainment akan melangsungkan comeback pada 19 November setelah debut pada bulan Julai lepas dengan lagu ‘Movie Star,’

CIX akan kembali dengan mini album pertama mereka bertajuk HELLO Chapter 1. Hello Stranger

Astro

Setelah melancarkan album All Light pada awal tahun lepas, ASTRO kembali menghasilkan mini album keenam mereka. Album yang bertajuk BLUE FAME itu bakal menjengah ke pasaran pada 20 November akan datang. Dekat Twitter pun mereka dah mula upload teaser album berkenaan.

Jadi, demikianlah senarai kumpulan penyanyi Korea yang akan buat kemunculan semula. Semakin meriah nampaknya lagu-lagu di radio nanti, kan? Mana satu antara kumpulan di atas yang korang tak sabar nak dengar lagunya? Cuba beritahu sis.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my