D-Life

Serabut dengan hidup? Baca 4 perkara ini sekarang untuk lebih tenang

Oleh  | 

DULU, pernah ada seseorang bertanya kepada Bill Gates sama ada bahagia atau tak jadi orang kaya? Nak tahu apa jawapan Bill Gates? Dia kata kalau kaya boleh bayar bil. Tapi untuk bahagia, seseorang itu tak semestinya kaya.

Jadi, apa sebenarnya yang boleh buat kita bahagia? Sebenarnya banyak je benda yang boleh mendatangkan kebahagiaan. Cara untuk bahagia pula berbeza untuk setiap orang. Ha! Kalau korang blur dengan apa yang boleh buat untuk bahagia, jom tiru beberapa cara ini.

Berterima kasih

via GIPHY

Ha, sebenarnya banyak je benda-benda kecil yang boleh buat korang bahagia antaranya seperti bersyukur. Bersyukur adalah suatu bentuk terima kasih terhadap apa yang kita miliki. Belajarlah bersyukur dengan perkara yang sederhana seperti badan yang sihat, makanan yang kita ada setiap hari atau rumah tempat kita berlindung. Kajian yang dilakukan Personality and Individual Differences menyatakan mereka yang bersyukur akan jarang sakit.

Positif

via GIPHY

Dengan memiliki fikiran positif, korang boleh menurunkan risiko menghadapi depresi, keresahan dan mempunyai umur panjang. Cubalah melawan fikiran buruk yang bersarang dekat kepala tu. Korang boleh mulakan dengan memberi senyuman kepada orang-orang sekeliling.

Lakukan kebaikan

via GIPHY

Kalau korang nak tahu, setiap kali menolong orang lain. Badan kita akan melepaskan hormone oksitosin yang dapat mengurangkan banyak rasa sakit dan membuat kita lebih bahagia. Kebaikan bukan sahaja menjadikan kita lebih ceria, malah ia membuat kita lebih tenang.

Memanjakan diri

via GIPHY

Ha! Jangan pula lebihkan orang lain sampai abaikan diri sendiri. Pastikan korang ada ‘Me-Time’ untuk reward diri korang. Mungkin korang boleh belanja diri sendiri facial atau ke tempat-tempat cantik yang tak pernah korang lakukan sebelum ini.

Cubalah untuk cari ruang kosong yang dapat membuatkan korang lebih bahagia. Kalau korang ada cadangan lain nak buat hidup jadi lebih bahagia, apa kata korang roger je Dhia! Apapun, Happy International Day of Happiness korang. Happy tak harini?

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my