D-Life

Serabut! Derita Ekzema tak habis? Cuba amalkan tips ni

Oleh  | 

KULIT merupakan antara organ yang penting bagi setiap individu. Bayangkan manusia tak berkulit? Ish lari semua orang nanti!

Namun ada sesetengah manusia mempunyai kulit yang sensitif, sampai menyebabkan ketidakselesaan dan boleh menjatuhkan keyakinan diri.

Bagi penderita eczema, sis kesian sangat dekat korang dan sis faham keadaan korang yang perlu berhati-hati dalam permakanan dan sebagainya. Oleh sebab itu, sis nak bantu korang dengan kongsikan tips yang korang boleh elak.

Elakkan permakanan yang boleh menyebabkan gangguan pada usus

Perkara pertama yang korang boleh buat adalah cuba elak untuk makan makanan proses dan karbohidrat halus seperti gula pasir,makanan berasaskan tepung gandum dan produk tenusu.

Kalau boleh, korang avoid jugak makan makanan yang mempunyai lemak trans iaitu majerin dan krimer. Makanan manis sebenarnya boleh menyebabkan keradangan usus dan kacau korang punya bakteria yang baik dan tumbuh kulat pulak lepas tu!

Makan makanan dari alam semulajadi

Memang betul benda-benda organik ni boleh kekalkan kita untuk sihat. So, pastikan korang banyakkan makan makanan seperti ikan yang liar, sayur-sayuran, rempah ratus, kunyit dan halia. Bagus untuk perut tu! Penting juga bagi pesakit eczema untuk mengambil minyak yang sihat seperti minyak zaitun.

Pentingnya probiotik dan prebiotik

korang tahu tak sebenarnya makanan yang kaya dengan probiotik adalah belacan, budu, cencalok dan tempoyak?! Ha jadi tak perlu risau dengan kesannya pada penyakit ni. Benda ni boleh juga diambil dalam bentuk pil dan cecair. Jadi betul lah kalau ada alahan pada hidung kalau makan belacan, makan lagi untuk rawat!

Prebiotik pulak, betindak sebagai makanan kepada probiotik dalam perut. Jadi penting jugak untuk pastikan korang ambik kedua kombinasi ni. Antara makanan yang sis tahu, adalah chia seed, selasih dan gam arabik atau Al Manna.

Kawalan stress

Kawalan stress ni penting dari segi aspek sebenarnya. Cuba korang fikir stress boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Jadi, sis sarankan korang control sikit stress tu dan ingat, tiada masalah yang lebih besar atau penting daripada kesihatan diri-sendiri!

Sis harap artikel ni dapat bantu korang yang mempunyai sakit eczema ni dan yang lain korang boleh share dekat kawan-kawan ya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my