Serious?!

Seram Malaysia ! 5 kisah hantu paling menyeramkan di Malaysia

Oleh  | 

SERAM! Setiap orang di Malaysia ni memang cukup kenal dengan kisah-kisah hantu yang menyeramkan yang diceritakan oleh masyarakat kita. Daripada kita kecil sehingga lah membesar perkataan ‘momok’ tu mesti digunakan untuk mengusik kita supaya kita tidur awal, balik rumah sebelum senja dan sebagainya!

Anehnya walaupun tidak pasti dengan kewujudan ‘momok’  ini, cukup sekadar gambaran untuk membuatkan kita takut dan terus akur dengan nasihat serta teguran orang yang lebih dewasa pada ketika itu.

Jadi hari ini sis nak kongsikan 5 kisah legend yang paling menyeramkan di Malaysia, dan macam mana ciri-ciri sebenarnya.

Pocong

Kisah asal pocong yang sis pernah dengar dulu adalah kalau ada manusia yang meninggal dunia dan kain kapannya itu tidak dibuka pada bahagian muka yang akhirnya akan menyebabkan si mati tidak tenang.

Foto:rossrightangle.files.wordpress.com

Setelah itu si mati akan bangkit semula merayau untuk meminta bantuan supaya kain kapannya dibuka pada bahagian muka. Oleh disebabkan dikapan, si mati akan bergerak dalam keadaan melompat atau bergolek! Ish seram betul lah!

Pontianak

Hantu ini dikatakan mengisahkan seorang wanita yang mati ketika sarat mengandung dan anak tersebut masih belum sempat dilahirkan. Bukan itu sahaja, hantu ini dikatakan akan cuba  untuk mencari anaknya yang belum dilahirkan itu dengan menganggu masyarakat sekeliling.

Foto:www.reddit.com

Pontianak ini dikatakan boleh merupah rupa menjadi seorang wanita yang sangat cantik dan bertukar semula kerupa yang sangat menyeramkan seperti dalam gambar. Sis pernah dengar satu suara yang mengilai tepat pukul 3 pagi masa zaman belajar dulu. Meremang jugak lah !

Penanggal

Hantu penanggal ni dikaitkan dengan wanita yang obses dengan kecantikkan sehingga sanggup mengamalkan ilmu hitam.Bukan itu sahaja, ada juga yang menyatakan penanggal ini digunakan untuk menjaga tanaman, membunuh musuh, dan menghalau pencuri. Salah satu syaratnya untuk mengamalkan ilmu hitam ini adalah untuk bersembunyi dalam sebuah tempayan  yang besar.

Foto:fiksyenshasha.com/

Kononya ilmu hitam yang diamalkan ini akan memberi kebolehan untuk individu menceraikan kepala dari badan dan organ-organ terburai itu akan mengeluarkan darah yang boleh membawa penyakit jika terkena. Spa kecantikkan kan ada, bersembunyilah dalam sauna.

Toyol

Toyol ini dikatakan muncul dalam menyerupai fizikal kanak-kanak lelaki. Mempunyai kepala yang botak dan seluruh badan berwarna hijau. Toyol ini mempunyai kebolehan mencuri duit yang menyebabkan ia popular di kalangan pengamal ilmu hitam.

Foto:miro.medium.com/

Toyol ini digunakan untuk membuatkan seseorang individu cepat kaya. Tapi sejauh mana kesahihanya sis pun tidak pasti! Kalau hulk tu kira bapak dia ke?

Volkwasgen kuning

Kemunculan kereta ‘katak’ berwarna kuning ini dipercayai mula menganggu pemandu-pemandu di lebuhraya Karak. Kisah yang biasa didengar adalah, kereta ini akan muncul dihadapan kenderaan pemandu dan walaupun telah dipotong banyak kali, ia akan tetap muncul semula! Perkara ini akan diulangi sehingga kemalangan berlaku.

Foto:www.suaraperak.com

Kisah asalnya adalah berkaitan dengan sebuah kisah isteri yang curang terhadap suami dan membunuh suaminya dengan kejam, lalu menggunakan kereta suaminya iaitu volkswagen kuning. Suaminya dikatakan menghantui kembali untuk membalas dendam. Kenapa tak naik bas je?

Sumber:Mediahiburan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my