Be-You-Ty

Serik diejek wanita bermisai? Ini cara untuk buang ‘misai’ dan tak sakit pun!

Oleh  | 

BULU merupakan satu perkara yang normal pada setiap manusia dan sudah tentu ia mempunyai fungsinya yang tersendiri. Namun disebabkan perubahan hormon yang tidak stabil, setetengah individu mempunyai lebihan bulu yang tak diingini.

Sis faham bila korang rasa insecure dengan masalah bulu berlebihan ni. Lagi-lagi bagi pihak perempuan. Memang akan di pandang pelik bila ada bulu yang berlebihan.

Jadi hari ini sis nak kongsikan tips dengan korang bagaimana nak buang bulu yang berlebihan tu. Dan korang tak perlu risau pasal sakit ke tak nak buang tu okay?

via GIPHY

Susu Kunyit

Campurkan satu serbuk kunyit dan satu sudu susu dan gaulkan sehingga ia menjadi likat seperti pes. Sapukan pes tersebut pada bahagian atas bibir sehingga rata.

Setelah rata, biarkan ia kering dan bilas menggunakan air biasa. Kalau nakkan hasil yang cepat, lakukan dengan kerap.

Putih Telur

Asingkan kuning telur tu dari putihnya. Pukul putih telur dan campurkan dengan satu sudu serbuk kunyit. Setelah dipukul dengan sebati, saputkan pada misai korang tu dan biarkan lama dalm 40-60 minit.

Biarkan ia meresap sebelum menanggalkkanya. Untuk hasil yang baik dan cepat, lakukan emapt kali seminggu.

Tepung Jagung 

Perahkan 10ml jus lemon dan campurkan dengan 150ml air. Setelah itu, tambahkan 30 gram tepung jagung. Kacau sehingga ia menjadi likat. Selepas itu sapukan pada wajah korang tu.

Biarkan ia meresap pada muka selama 15 minit, kemudian tanggalkan pes itu dengan perlahan. Setelah habis ditanggalkan, bersihkan muka dengan air.

Buah betik

Lenyekkan setengah biji betik sehingga. Setelah ia lumat, campurkan dengan setengah sudu serbuk kunyit. Sapukan pada kulit dan biarkan ia selama 15 minit pada muka. Setelah kering, bilaskan dengan air seperti biasa.

Tepung beras

Campurkan satu sudu tepung beras dan satu sudu yogurt biasa. Kacau sehingga sebati. Urutkan pada bahagian atas bibir yang berkumis tu secara perlahan dan biarkan ia kering. Setelah kering, bila dengan air. Lakukan dua kali seminggu untuk hasil yang cepat.

 

 

Sumber: Siraplimau

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my