Serious?!
Serious lah bersilat di Istana Budaya demi Pawana Isabella!
HELLO gadis-gadis trendy semua! Sis nak share sikit pengalaman tengok teater Pawana Isabella ni. Bila sebut je nama Janna Nick semua mesti teringat muka cute dia tu. Tak pernah pulak terbayang nak tengok Janna Nick memainkan watak yang cukup matang dan serious. Tak cukup dengan itu ditambah pula dengan aksi bersilat pula tu! Fuh power betul! Sis memang tabik lah semua pelakon-pelakon teater Pawana Isabella tu.
View this post on Instagram
Bila cakap teater ni memang power,bukan atas sebab satu reason je .Korang tahu tak, betapa susah nya nak synchronise semua pelakon-pelakon teater dari segi menari, menyanyi dan berdialog. Sepanjang menyaksikan teater tersebut, tak ada sekali pun antara semua para pelakon tu terlupa dialog tau? Haaa dah kalau berlakon teater, dialog bukan macam berdrama beb. Sekali buka mulut untuk berdialog tu macam baca satu artikel tau! Cuba korang bayangkan berapa lama diorang practice? memang sis kagum betul !
View this post on Instagram
Ingat sampai situ je? Tak dik, ni nak tambah lagi dengan diorang punya setting props tu lagi lah hebat! semua orang dalam istana budaya tu impressed dengan semua setting dan props yang team diorang siapkan. Rasa macam nak tengok lagi sekali!

Dari segi penyampaian dialog tu pun cukup beremosi. Actually, teater Pawana Isabella ni tak lah serious je sepanjang masa, ada jugak komedi, action and banyak lagi. Lepas tengok kseluruhan teater Pawana ni, banyak penyampaian yang membuka mata dan banyak pengajaran yang berjaya di sampaikan .Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada semua para pelakon teater Pawana Isabella! Korang memang power lah!

Overall, Sis bagi 5 bintang! Punya lah best sampaikan habis je teater tu , semua bangun bagi standing ovation tau. Caya lah kak Erma Fatima dan pelakon teater Pawana Isabella.





Komen Terkini