D-Life

‘Serious’ lah bukan orang? Nampak hidup betul!

Oleh  | 

KORANG suka tak pergi ke pameran-pameran seni? Biasanya kalau korang ke sana, lukisan seni yang bagaimana yang korang tertarik untuk tengok? Dhia suka tengok lukisan berbentuk abstrak. Seni abstrak ni sebenarnya membawa kita melalui pengembaraan yang mendalam dari masa lalu sampailah sekarang. Mata kasar mungkin nampak ‘cincai’ tapi mata orang berseni ni lain sikit.

Tapi baru-baru ini Dhia tertarik nak kongsikan satu seni potret yang dah buat Dhia jatuh cinta. Mana tidaknya, pertama kali tengok macam gambar yang diambil oleh photographer. Serius teliti gila dan nampak sangat real! Tak percaya cuba korang tengok sendiri!

FOTO : China Cool Art

Foto : China Cool Art

Mesti korang tertanya-tanya siapakah pemilik potret yang mempunyai sentuhan artistik ini. Nama beliau ialah Leng Jun yang berasal daripada Sichuan, China. Pelukis ini memang sangat terkenal dekat sana kerana mampu menghasilkan seni yang sangat halus dan mengagumkan. Jangan kata korang, masa dekat pameran seni siap ada yang bawa kanta pembesar tau. Punyalah dashat! Alah, korang pun boleh nilai sendiri.

FOTO : China Cool Art

FOTO : China Cool Art

FOTO : Leng Jun

Betul lah kata orang, seni ni tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Kalau diukur pun harganya confirm tak ternilai punya. So, kepada penggiat seni di mana jua korang berada semoga perkongsian Dhia ini memberi keyakinan kepada korang untuk terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak lukisan-lukisan menarik. Walaupun sibuk dengan study atau kerjaya, cuba ambil masa untuk kembangkan bakat korang. Mana tahu lepas ni dapat jadi macam Leng Jun. Rasanya dah boleh satur-date dengan berus balik kot! Yayy…

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my