Sayang Dhia

Seriuslah, minum teh boleh cegah sakit jantung?

Oleh  | 

JANGAN tak tahu sakit jantung boleh menyerang kamu  walaupun pada usia muda. Jadi, bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat. Eloklah kamu berjaga-jaga dahulu.

Mungkin kamu sudah pernah mendengar kebaikan air putih, namun meh sini team Dhia nak bagitahu dengan minum teh juga dapat memberi lebih banyak kebaikan. Mari kita check it out!

Teh Hitam

via GIPHY

Ia adalah teh yang popular diminum oleh orang ramai. Teh ini memiliki kafein yang tinggi boleh menjadikan kamu lebih bertenaga terutamanya jika diminum di waktu pagi. Ia adalah minuman sesuai kepada kamu yang tidak menggemarkan kopi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko strok dan sakit jantung. Minum pula waktu tengah hujan sambil dengar lagu seperti ini.

Teh Hijau

via GIPHY

Ini adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang asyik sakit kepala. Teh hijau mempunyai flavonoid yang boleh mengurangkan sakit kepala dan kolestrol. Ia juga berpotensi untuk menjaga tubuh menjadi lebih segar.

Teh Chamomile

via GIPHY

Ada banyak sebab yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh tidur sehinggalah menyebabkan insomnia. Antara sebab utama ialah kamu mengalami tekanan atau berfikir banyak masalah yang kamu hadapi. Teh Chamomile boleh memberikan tidur lebih nyenyak dan mendapatkan tidur lebih berkualiti. Kandungan zat dalam teh juga boleh membantu mengatasi sakit perut dan senggugut.

Orait, sekarang kamu semua dah tahu khasiat teh untuk kami cuba. Jadi apalagi, jom mengeteh!

 

Sumber: Kompas

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my