Serious?!

“Sharnaaz pun tak ada usaha nak selamatkan perkahwinan,”-Noor Nabila tawar hati!

Oleh  | 

SELEPAS prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan  hari ini, Noor Nabila mengakui sudah tawar hati dan merasakan pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad tidak menunjukkan apa-apa usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Bukan itu sahaja, Nabila terkilan apabila Sharnaaz tidak melafazkan cerai menyebabkan proses penceraian menjadi panjang.

FOTO: Mstar

“Saya memang tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Sepatutnya kedua-dua belah pihak faham yang kita boleh teruskan kehidupan masing-masing. Dia sudah menjalani kehidupan hampir setahun tanpa isteri, begitu juga dengan saya ,” katanya yang juga kakak kepada pengacara dan pelakon popular Neelofa.

Nabila juga berkata lebih untuk teruskan kehidupan dan besarkan anak mereka tanpa rasa dendam atau marah.

“Namun, apa yang membuatkan saya tak faham apabila pihak sana tergamak buat macam ini (memanjangkan kes). Adakah Sharnaaz nak selamatkan perkahwinan tapi apa usaha yang dia buat? Saya memang sudah tawar hati dan tidak nampak sebarang usaha daripada pihaknya untuk kembali bersama saya,” katanya.

Sharnaaz pula dilihat enggan untuk mengulas tentang isu perkahwinannya.

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini. Pasangan ini telah berkahwin pada 31 Mac 2017.

Sumber: Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my