Kolaborasi

“She’s in front of me right now” Bila Sarah Suhairi dan Ariff Bahran bercerita tentang ‘crush’!

Oleh  | 

Face Off With Sara Suhairi

ALAMAK! Sweet teruk la bila penyanyi yang digelar BBNU (Budak-budak Baru Nak Up) ini throwback sembang tentang crush mereka.

Normal la waktu bila zaman sekolah dulu kita semua pernah ada crush dekat someone. Bagi Sarah Suhairi, dia pernah terpaut pada seorang senior zaman sekolah dulu.

“Oleh sebab waktu rehat kami tak sama. Jadi dia akan rehat dulu. Tiap kali dia lalu depan kelas, kita terus tengok tingkap. Berhenti buat kerja,” celotehnya.

Selalunya, lelaki akan crush dekat seseorang yang lebih muda atau sebaya. Tapi bagi Ariff Bahran, ketika zaman persekolahan dia pernah menyukai seorang senior yang dianggap sebagai ‘puteri’ di sekolahnya.

“Saya pernah nak berborak dengan dia. Tapi dia tak layan,” ceritanya.

FOTO: Instagram Ariff Bahran

Itu semua zaman dahulu, bila berborak tentang siapakah crush merekapada masa sekarang. Masing-masing nampaknya berdolak dalih. Amboi!

“Celebrity crush? Tak bolehlah cakap sekarang,” ujar Sarah malu-malu kucing.

“Bahran pula, siapa celebrity crush?” Giliran Sarah pula mengusik.

“Mestilah ada. She’s right in front of me right now,”  katanya bergurau sebelum disambut dengan ketawa yang panjang.

FOTO: Instagram Ariff Bahran

“Saya tak kisah tentang crush ni. Tapi semua berdasarkan kepada hati. Dekat luar sana susah sebenarnya orang nak jujur dan ikhlas dengan kita.

“Saya tak memilih sebab bila kita cakap tentang hati, kita automatik akan boleh bekerja dan selesa dengannya,” katanya.

FOTO: Instagram Ariff Bahran

Ha, kalau korang nak dengar celoteh penuh mereka berdua. Apalagi? Cepatlah dengar dekat podcast ais kacang sekarang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my