Serious?!

#ShiningJennieDay terus trending, ini ulangtahun paling ‘zass’ Jennie BLACKPINK!

Oleh  | 

SELEPAS lagu Solo nyanyiannya meletup pada tahu lalu, Jannie yang juga ahli kumpulan Blackpink menyambut ulangtahun kelahirannya dengan sangat istimewa kali ini.

Walaupun ulangtahun kelahiran penyanyi itu berlangsung semalam, namun ia masih trending di laman sosial dengan hashtag #ShiningJennieDay sehingga hari ini. Pelbagai ucapan diberikan peminat Jannie di seluruh dunia melalui aplikasi Twitter.

Terharu dengan perhatian dan ingatan yang diberikan peminatnya, Jannie memuat naik sebuah video di Instagram dengan kapsyen:

“Saya belum habis rakaman, tapi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan hello kepada BLINK. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana andalah saya menerima banyak ucapan setiap tahun. Kita sudah tiga tahun bersama. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai anda di sisi saya. Saya janji akan sentiasa melakukan yang terbaik dan membuat anda bangga dengan diri saya. Terima kasih untuk ucapan ulangtahun kelahiran saya yang ke-24”

Menerusi akaun Instagramnya, Jannie turut memuat naik hadiah yang diterimanya daripada sebuah jenama fesyen antarabangsa terkenal iaitu Chanel.

BACA: Gilalah! Solo nyanyian Jennie Blackpink cecah 45 juta tontonan dalam masa tiga  hari!

 

View this post on Instagram

 

Thank you for the beautiful gift 🖤

A post shared by J (@jennierubyjane) on

Bukan itu sahaja, Jannie sempat memuat naik foto kek dan jambangan bunga yang diterimanya.

Team Dhia pun nak ucapkan Happy Birthday dekat Jannie.  Amacam, cukup Kpop tak gambar ni?

 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my