Serious?!

Shweta Sakhon rangkul juara Miss Universe 2019, Frost Yaw suara isu ‘sexual harrasment’?

Oleh  | 

Acara kemuncak Miss Universe Malaysia telah berlangsung pada malam Khamis lalu di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Seramai 4 finalis disenaraikan sebagai peserta akhir pertandingan ini. Nasib menyebelahi Shweta Sakhon apabila dia dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2019.

Shewta atau nama sebenarnya Shwetajeet Kaur berjaya menewaskan 17 finalis lain sekali gus bakal mewakili Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke-69 pada hujung tahun ini namun lokasi dan tempat belum diumumkan lagi.

Selain juara, tempat pertama telah disandang oleh Frost Yaw, diikuti Tessminderjit Kaur di tempat kedua. Malam Gala ini telah di hos oleh Hansen Lee dan Andrea Fonseka yang juga merupakan bekas Miss Universe Malaysia pada tahun 2004.

Apa yang menarik minat Dhia ketika Malam Gala berlangsung, pemenang tempat pertama yang berasal daripada Johor ini, Frost Yaw lantang menyuarakan pendapatnya apabila diajukan soalan oleh pengacara pada malam itu.

Frost telah diajukan soalan tentang cabaran besar yang dihadapi oleh wanita pada hari ini. Frost telah menyuarakan pendapat dan berkongsi kisah tentang sexual harassment yang berlaku kepada dirinya sendiri.

View this post on Instagram

|| 8.3.19 || Here I'm proving to the 19 years old self I deserve to be on the @missuniversemalaysia stage! Thank you my family, friends, fans, sponsors and the MUMO team for always believing and supporting me! And also thank you my beloved mentor @elainedaly for your guidance throughout this journey! I seriously never thought that I would have come this far and become the first runner up of Miss Universe Malaysia 2019. . It really feels like a dream come true! Thank you the Law of Attraction! Please don't mind me to share with you all my favourite quote again! When you want something, all the universe conspires in helping you to achieve it✨ . I know my fight and I fight to the end because I'm born to be a FIGHTER ! ROAR! I hope I made you proud JOHOREAN! #kotatinggi #kampunggirlcitydream 所有的梦想都实现了! 这一战是为了给19岁的自己有个交代!最感谢的一定是一直支持我的家人💙 . . . #missuniverse #missuniversemalaysia #TNMUM19 #beautybeyondyou

A post shared by FROST YAW 姚霜 (@yawfrost) on

“Cabaran besar yang dihadapi oleh wanita pada hari ini adalah gangguan seksual. Ramai wanita sudah terkena dan saya merupakan salah seorang daripadanya. Sewaktu berumur 18 tahun, saya merupakan pelajar yang cemerlang tetapi saya telah dicabul oleh ketua pengawas sebanyak 3 kali. Apa yang menyedihkan tiada siapa pun yang peduli dan saya sendiri tampil menyuarakan apa yang berlaku kepada guru saya. Saya juga telah bersemuka sendiri dengan lelaki itu dan memberi amaran kepadanya apa yang dilakukan oleh lelaki itu adalah tidak baik.” katanya pada malam itu.

Namun, ucapan Frost telah dipotong oleh pengacara pada malam itu. Walau bagaimanapun, Frost telah memberi jawapan terbaik mewakili wanita-wanita yang pernah mengalami situasi yang sama sekali gus dapat membuka mata masyarakat tentang gangguan seksual yang serius ini.

Jadi, Dhia harap korang jangan takut dan malu untuk bersuara jika korang salah seorang mangsa gangguan seksual okey!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my