Serious?!

Siapa ingat lagi cerita Sailor Moon? Ini fakta yang mungkin korang tak tau

Oleh  | 

“Dengan kuasa bulan akan menghukummu!”

RASANYA kita semua pernah tergila-gila dengan watak kartun bernama Sailor Moon ini! Sanggup duduk depan televisyen dan haramkan sesiapa daripada tukar rancangan dekat televisyen hanya untuk Sailor Moon.

Antara karakter yang selalu diperkatakan ialah watak Usagi Tsukino ataupun dikenali sebagai Serena dalam bahasa Inggeris. Serena memiliki peribadi yang baik hati, prihatin, manja, dan keras kepala. Hari ini, sis nak kongsikan beberapa fakta tentang Usagi atau Sailor Moon yang mungkin korang tak tahu.

1000 tahun

Walaupun dia macam budak-budak, tapi sebenarnya Usagi berusia 1000 tahun macam yang ditunjukkan pada musim kedua ketika cerita ini ditayangkan. Selain itu ia juga ada beberapa teori yang mengatakan Usagi sebenarnya berada dalam fasa tidur cryogenic selama bertahun-tahun. Sebab itulah wajahnya tak nampak macam 1000 tahun.

Anak orang kaya

Kalau korang tengok betuk-betul, sebenarnya Usagi berasal dari keluarga yang sangat kaya. Sebab kelima-lima karakter utama yang lain tinggal dekat rumahnya di Tokyo. Jika ada orang yang boleh beli rumah dekat kawasan itu, maknanya dia sangat kaya. Rumahnya pula besar dua tingkat.

Maksud nama Sailor Moon

Dalam bahasa Jepun, Usagi maksudnya arnab.  Tsuki pula maksudnya bulan. Jadi, namanya bolehlah difahami sebagai arnab di bulan. Sebab itu dia selalu pakai baju yang bermotifkan arnab. Sebab itulah dia ada gaya rambut ikat dua semacam arnab. Comel je.

Tak la bodoh

Sebenarnya, dia tidaklah bodoh. Dia cuma malas sahaja. Mana taknya, dia tidak pernah cemerlang di kelas Inggeris dan matematik.

Hampir diadaptasi ke versi Amerika

Sebuah syarikat pernah nak ubah Sailor Moon ke versi mereka tapi tambah sikit beberapa elemen. Cumanya, mereka ada tambah elemen yang tak sesuai ditonton oleh budak. Syarikat Toon Makers pun pernah rancang nak buat Sailor Moon versi mereka sendiri.

Amacam? Ada sesiapa yang terkenang zaman kecil dia tak bila baca artikel ini? hiks!

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my