Serious?!

Siapa ‘jantan buka aib’ yang dimaksudkan bapa Emma?

Oleh  | 

SELEPAS pelakon cantik Emma Maembong mengumumkan keputusan untuk membuka tudung. Bapanya, Ismail Embong  memuat naik satu status di Facebooknya.

‘Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aib mu; dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat dan keluarga’

Pesanan ringkas tersebut menasihati agar kaum perempuan untuk menjauhi ‘jantan’ yang membuka aib.

Tambahan lagi, Ismail yang juga seorang pelukis menyifatkan lelaki seperti ini sebagai iblis yang bertopengkan manusia.

Ramai yang berteka-teki siapakah individu yang dimaksudkan bapa kepada pelakon Kimchi Untuk Awak itu. Namun, tiada ciri-ciri yang jelas menggambarkan siapakah lelaki berkenaan.

Terdahulu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail menjadi tular apabila gambarnya sedang bermesraan bersama Syed Abdullah yang juga merupakan abang kepada seorang menteri menjadi buah mulut orang ramai di media sosial.

Namun Emma pernah menegaskan bahawa keputusan membuka tudung adalah pilihannya sendiri dan bukannya disebabkan kontroversi bersama Syed Abdullah seperti yang digembar-gemburkan netizen.

BACA: “Kalau bertudung sebab takut, itu lagi munafik!”

BACA: Viral gambar intim dengan abang menteri, Emma akui kecuaian sendiri

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my