Oh-Oh-Tee-Dee
Siapa kata kita tak boleh bergaya di pagi Aidiladha nanti? Jom tengok ootd ini!
HARI Raya Aidiladha merupakan sebuah perayaan yang dirayakan oleh seluruh umat Muslim di seluruh dunia. Perayaan yang juga disebut sebagai Hari Raya Korban ini juga disambut pada 11,12,13,14 Zulhijjah setiap tahun. Aidiladha disambut bersempena dengan memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam menunaikan perintah Allah.
Pada hari raya korban ini, selain daripada melihat aktiviti korban lembu dan kambing selepas solat sunat hari raya, kita juga disarankan untuk mengeratkan silaturahim dengan menziarahi rumah ke rumah. Sebenarnya, budaya menyambut hari raya Aidiladaha di Malaysia sama sahaja seperti menyambut Aidilfitri. Jadi tidak ada salahnya kalau kita melakukan persediaan yang serupada seperti hari raya Aidilftri.
Korang dah idea ke belum pakaian apa yang hendak digayakan pada pagi raya nanti? Ingat raya haji tak boleh melaram ke sis? Kalau belum ada idea meh sis tolong korang!
Jubah

Foto: Instagram Mira Filzah
Kebiasaannya, kaum wanita lebih memilih untuk memakai jubah pada pada hari raya ini kerana pakaian ini lebih menimbulkan ciri kesopanan kepada si pemakai. Jubah juga merupakan pakaian yang santai dan mudah untuk digayakan. Korang boleh pilih untuk gayakan jubah jenis A line ataupun princess cut.
Baju kurung pahang

Foto: Instagram Mira Filzah
Baju kurung pahang merupakan pakaian kebangsaan wanita di Malaysia dan pakaian ini seringkali digayakan semasa hari perayaan. Potongan baju yang simple dan sopan sememangnya bersesuaian dengan perayaan Aidiladha. Tak salah nak bergaya tetapi perlulah menghormati hari yang mulia ini ye. Jangan pakai pakaian mencolok mata pula tau.
Baju kurung kedah

Foto: Instagram Mira Filzah
Sama seperti baju kurung pahang, potongan baju kurung kedah juga tidak keterlaluan dan masih sopan untuk digayakan di pagi raya nanti. Tambah-tambah lagi, baju kurung kedah telah menjadi kegemaran gadis muda pada hari ini. Nampaknya trend baju kurung kedah dah bermula semula!
Boleh je nak berfesyen di pagi raya aidiladha nanti. Tetapi pastikan pakaian korang tidak keterlaluan dan terlalu mencolok mata ye. Apa yang penting niat kita dalam menyambut perayaan ini ye sis-sis semua. Selamat menyambut hari raya Aidiladha!





Komen Terkini