Serious?!

Siapa kata kulit ayam tak bagus?! Ini khasiatnya

Oleh  | 

“Jangan makan kulit ayam! Tak elok untuk kesihatan tu.”

Ayat ini sering kita dengar kalau nak nak makan ayam. Kulit ayam sebenarnya tak elok lah, boleh mendatangkan penyakit merbahaya lah, boleh beri sakit kulit lah, dan macam-macam lagi. Kepercayaan ini begitu meluasnya sampaikan ramai diantara kita takut nak makan dan bertindak mengasingkan kulit daripada isi.

Kalau nak kata kulitnya sahaja yang tidak elok untuk dimakan, bagaimana pula isinya? Dari mana datangnya ‘bahaya’ yang dikatakan itu? Takkan kulitnya sahaja ? Adakah isinya tidak merbahaya?

via GIPHY

Ha untuk menepis persoalan dan menjawab khabar angin tersebut, sis di sini mahu berikan pencerahan tentang isu ini.

Penjelasan yang sis nak kongsikan pada pembaca Dhia adalah daripada seorang pakar kesihatan Universiti Harvard iaitu Dr. Walter Willett serta Pakar Kulinari daripada Institut Kulinari Amerika yang bernama Amy Myrdal Miller. Ha bukan cakap kosong tau!

Mereka menjelaskan manikmati kulit ayam adalah baik untuk kesihatan sebenarnya. Kulit ayam ini dikatakan mengandungi lemak tak tepu yang bagus untuk kesihatan diri. Tak percaya lagi? Baca kelebihan yang korang boleh dapat daripada kulit ayam.

via GIPHY

Kulit ayam sebenarnya baik untuk jantung dan ramai yang menyangka ia boleh membahayakan kesihatan jantung. Pakar berjaya menemukan sejenis lemak tak tepu di mana ia dapat membantu tekanan darah dan menjaga tahap kolesterol.

Lemak tidak tepu dapat membantu merendahkan tahap tekanan darah dan juga tahap kolesterol sambil mengawal selia hormon dalam tubuh.

Bukan itu sahaja, lemak baik yang terkandung dalam kulit ayam tu sebanyak 8 gram dan lemak tepu 3 gram dan ia adalah jumlah yang cukup untuk diet permakanan yang bagus.

Namun, jika korang makan terlebih pula akan menyebabkan salur darah tersumbat dan membahayakan jantung. Kuncinya adalah, jangan makan berlebihan! Selain dari itu, kulit ayam ini mengandungi Omega 9 di mana ia bagus  dalam pembentukan lipoprotein dan juga HDL yang bantu mengawal sensitiviti glukosa badan.

via GIPHY

Kalau nak sembang pasal kebaikannya memang banyak lagi tau sebenarnya! Sis harap artikel ini dapat membantu korang mendapat penjelasan yang baik tentang mitos kulit ayam ni.

Sumber:Wanista.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my