D-Life

Siapa kata orang mengandung tak boleh minum air kelapa?

Oleh  | 

TAK tahulah kenapa makcik bawang selalu sangat acah-acah doktor suka hati sahaja beri pantang larang yang bukan-bukan kepada mereka yang sedang mengandung.

Baru-baru ini ada pula yang mengatakan bahawa air kelapa tidak digalakkan untuk diminum oleh ibu mengandung kerana boleh memudaratkan kesihatan. Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Imelda Balchin menyangkal mitos itu dan menyifatkannya sebagai mengarut.

Doktor itu mengatakan air kelapa mempunyai banyak khasiat yang sangat elok diminum oleh wanita hamil, selepas bersalin, ketika datang bulan dan selepas bersukan.

“Air kelapa muda sejuk ialah nikmat Tuhan yang hebat, mengandungi banyak mineral selepas bersukan. 

“Kita sagat bernasib baik sebab hidup di iklim tropika dan boleh dapat menikmati nikmat ini dengan senang,” katanya.

Bukan itu sahaja, doktor itu juga menyelar perangai makcik bawang yang bukan sahaja beri fakta salah tentang air kelapa kononnya nak jaga kesihatan. Tapi tunjuk resepi kek manis yang juga tak baik untuk kesihatan. Itu belum lagi jus campur overclaim dengan harga cekik darah.

Bukan itu sahaja, Dr Amalina juga menyangkal mitos yang mengatakan kalau minum air kelapa akan menyebabkan anak menjadi putih. Bayi memerlukan selaput putih untuk melindungi bayi baru lahir supaya kulit lebih sihat dan memudahkan proses melahirkan.

Jadi lepas ini, jangan terus percaya kepada kata-kata yang tidak dapat kita pastikan. Nasib baik kita ada pakar macam mereka ini untuk menerangkan fakta yang sebenar. Terima kasih doktor!

Sumber: M Star

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my