Serious?!

Siapa kata pakai bra waktu tidur boleh buat kanser?

Oleh  | 

SEBENARNYA bukan sekali dua kita dengar kalau pakai bra waktu tidur boleh buat kanser. Hari ini Pelatih Pakar Bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri mengatakan kenyataan itu hanyalah mitos semata-mata.

Penerangan itu dibuat Amalina menerusi tweet di akaun media sosial rasmi miliknya. Menurutnya, terpulanglah kepada para wanita untuk memilih sama ada memakai bra atau tidak semasa tidur bergantung kepada keselesaan masing-masing.

Setakat ini, belum ada lagi mana-mana bukti yang menyatakan memakai bra pada waktu malam boleh meyebabkan kanser payudara atau mengakibatkan buah dada menjadi kendur. Ada orang yang memang disarankan doktor untuk memakai bra pada waktu malam atas sebab tertentu. Tapi, coli yang dipakai mestilah mengikut saiz yang betul dan tidak terlalu ketat.

BACA:Iklan nutrisi susu pisang mengelirukan, Dr Amalina minta penjelasan Neelofa

Namun ada juga pengguna yang berkata jika memakai bra ketat waktu tidur akan menyebabkan darah beku di bawah ketiak seterusnya menyebabkan kanser. Amalina sekali lagi emnegaskan yang tu hanyalah mitos semata-mata dan mengajak semua untuk percaya kepada kajian yang dijalankan oleh pakar berbanding cakap-cakap orang yang tidak sahih.

Ramai juga yang terkejut dengan penerangan Amalina dan menyesal kerana mempercayai mitos yang disebut-sebut. Elok juga sebenarnya kita dapat berkomunikasi dengan doktor melalui Twitter. Dapat juga ilmu sedikit sebanyak. Kan?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my