DhiaLova

Siapa kata pasangan yang tak pernah bertengkar lebih bahagia?

Oleh  | 

“KENAPALAH kita tak macam orang lain asyik bahagia”

Ha, mesti kamu pernah terlintas macam itu setiap kali bergaduh atau berselisih faham dengan pasangan kamu kan?

Pertengkaran memang wujud dalam suatu perhubungan. Bak kata orang, ia sebenarnya ialah perencah bagi menambah manis dan pahitnya pengenalan. Kalau kamu nak tahu, ahli psikologi bernama Joshua Klapow pernah berkata bahawa pertengkaran kecil-kecil begini adalah petanda kamu memiliki perhubungan yang sihat.

via GIPHY

Memang adat perhubungan untuk berada di dalam konflik. Namun, ia mampu diatasi dengan kemampuan kamu mengawal komunikasi untuk saling memahami keinginan, dan menerima perbezaan pendapat antara satu dengan yang lain.

Kata beliau lagi, pasangan boleh berusaha untuk memperbaiki konflik yang ada dengan saling berterus terang, jujur dan saling belajar untuk mengalah. Setiap individu harus bijak mengawal dan menguruskan konflik  agar ia tidaklah menjadi pertengkaran yang besar sehingga menyebabkan pergaduhan.

via GIPHY

Pernah tak kamu rasa, setiap kali berlakunya konflik antara kamu dan pasangan. Kamu akan membuat keputusan untuk senyap dan menjauhkan diri dengan harapan tidak memanjangkan pergaduhan. Namun hati-hati, tindakan kamu itu mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan.

Maka, ada baiknya jika kamu memahami konflik yang sedang kamu alami. Tanyakan kepada diri kamu tentang topik, masalah dan jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan konflik tersebut dan bukannya mengelak daripada memikirkannya.

via GIPHY

Klapow juga menekankan pasangan yang tak pernah bertengar dan tidak pernah menguruskan konflik bukanlah pasangan paling bahagia. Ia adalah petanda mereka menyimpan dan memendam sesuatu yang belum selesai antara mereka.

 

 

 

 

Sumber: Kompas.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my