
D-Life
Siapa kata tidur siang sifat orang pemalas?
KALAU kita tidur waktu siang hari waktu kecil dulu, habislah kita kena marah dengan mak. Mana taknya, tidur siang ni biasa sangat disifatkan sebagai tabiat orang pemalas.
Namun, kenyataan yang dikeluarkan oleh W.Christopher Winter mengejutkan banyak pihak. Rupanya tidur siang boleh membawa lebih banyak kebaikan jika ia dilakukan dengan cara yang betul. Tambahnya lagi, tidur siang yang berkualiti sangat diperlukan oleh mereka yang selalu menggunakan tenaga seperti para atlet olahraga.
Ini adalah 3 perkara yang kena korang perhatikan kalau nak tidur siang.
Ada had tertentu
Tidur waktu siang hari ini pula bukan boleh selama-lamanya tidur sampai tak ingat dunia. Menurut pakar, manusia memerlukan 30 minit untuk masuk ke fasa nyenyak. Kalau korang tidur lebih dari 30 minit.
Masa yang sesuai
Menurut pakar lagi, waktu yang paling sesuai ialah sekitar jam 12:30 sehingga jam 1:00 tengah hari. Jika lewat daripada itu, korang akan susah nak tidur pada malam hari.
Mudah tidur siang
Penurut pakar, tidur pada siang hari macam ‘bonus’ kepada mereka yang ada masalah sukar tidur di malam hari. Gunakanlah 30 minit ini untuk berehat dan tidur untuk mengembalikan tenaga kepada tubuh.
Sebenarnya memang dah ada banyak syarikat yang membudayakan tidur waktu lunch hour. Benda ini terbukti memberikan produktiviti kepada pekerja.
Okeylah, siapa tak cukup tidur semalam jom tidur sekarang. Tapi bulan-bulan puasa ni jangan terlebih tidur pula. Nanti jatuh makruh. Tak bagus juga.

Komen Terkini