Inspirasi Dhia

Siapa nak ‘graduate’ kena tanam 10 pokok dulu, ‘cool’ betul syarat kolej ni!

Oleh  | 

BIASA kita dengar kalau nak bergraduasi, seseorang kena lepas dulu grade purata dekat universiti. Kalau tak lepas, terpaksalah korang masuk balik kelas dan belajar sampai pandai.

Ha, ini benda menarik yang dilakukan oleh sekolah dan kolej dekat Filipina. Asalnya, menanam pokok sebelum bergraduasi hanyalah sebuah tradisi yang kebanyakanya diamalkan oleh institusi pendidikan di Filipina. Namun, baru-baru ini kerajaan mereka telah menjadikannya sebagai syarat wajib kepada pelajar mereka untuk bergraduasi.

Menurut laporan, dengan jumlah sekitar 17 juta pelajar menamatkan pengajian mereka setiap tahun. Maka mereka menjangkakan bakal mendapat sekurang-kurangnya 175 juta pokok baru yang ditanam setiap tahun.


Bagi meneruskan hasrat ini, beberapa lokasi telah dipilih seperti hutan, kawasan perlindungan, kawasan tentera, tapak lombong yang ditinggalkan dan bandar. Tidak hanya itu, kerajaan Filipina turut mewajibkan pokok yang ditanam perlulah sesuai dengan cuaca, keadaan dan lokasi sebelum ditanam.

Terdahulu, 20 peratus hutan di negara Asia Tenggara telah terhapus akibat daripada aktiviti pembalakan haram. Inisiatif ini dilihat dapat menyelamatkan alam semula jadi kita untuk generasi kita yang seterusnya.

Kerajaan Filipina telah membuktikan kepada kita, untuk menjadi manusia, seseorang itu tidak hanya perlu mendapat pendidikan dengan segulung Ijazah. Tapi perlu berbakti juga kepada alam. Kudos!

Sumber: Mashable SE Asia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my