Serious?!

Siapa sangka! angan-angan Faris nikahi Elfira 5 tahun dulu jadi nyata

Oleh  | 

Love is in the air” adalah kata-kata yang diucapkan peminat dan rakan-rakan selebriti untuk menggambarkan keindahan majlis pernikahan dalam taman pelakon dan usahawan terkenal, Elfira Loy.

Pemilik nama Nurul Elfira Loy telah selamat menjadi isteri kepada Khairol Faris Anuar pada pagi semalam. Elfira  berkongsi berita gembira itu di laman akaun rasmi miliknya dengan kapsyen ringkas ‘Alhamdulillah.’

Merisik-risik kisah cinta Faris dan Elfira, seorang kawan  bernama Hahanybunch  telah berkongsi sebuah cerita ringkas di Insta Story.

Dia mendedahkan bahawa Faris pernah menyatakan Elfira Loy adalah gadis impiannya selama ini. Kata-kata itu diucapkan kira-kira 5 tahun lalu di dalam kelas. Siapa sangka Faris benar-benar menikahi ’dream girl’ nya itu semalam!

Hubungan Elfira dan Faris mula dihidu apabila  El memuat naik sekeping gambar bersama seorang lelaki pada Ogos tahun lalu. Namun El enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan identiti lelaki perkenaan masih menjadi tanda tanya.

Pada September tahun lalu,  Elfira telah mengumumkan berita pertunangannya dengan Faris yang juga merupakan seorang Pengurus Besar  di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Kuala Lumpur.

Setelah menikahi Elfira, Faris telah membuka akaun rasmi miliknya kepada umum menyebabkan pengikut laman Instagramnya meningkat sehingga 66 ribu semalaman. Faris turut berkongsi foto pernikahannya dengan kapsyen mengucapkan selamat menyambut tahun baru dan menyatakan ini adalah permulaan bagi kehidupan yang baharu.

 

View this post on Instagram

 

A new year. A new beginning. A new life. Wishing all of you a very Happy New Year. From my wife and I. 😊

A post shared by Faris Khairol Anuar (@fariskanuar) on

Team Dhia mengucapkan tahniah kepada pasangan EL X FARIS atas pernikahan mereka. Betul la cakap orang, kata-kata ini ibarat doa. Siapa sangka kata-kata korang nak kahwin dengan crush jadi kenyataan, kan?

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my