Serious?!

Siapa sangka, rupanya anjing boleh tahu bila manusia menipu

Oleh  | 

ANJING memang mempunyai banyak kelebihan dan pintar. Sebab itulah ia selalu dilihat mendampingi polis, dan  melakukan tugas-tugas berani seperti menjaga rumah tuannya daripada dimasuki pencuri.

Ha, ini ada satu lagi fakta baru hasil kumpulan penyelidik dari Akiko Takaoka, Kyoto Universiti di Jepun. Rupanya anjing ada kemampuan untuk menilai orang. Mereka juga boleh detect sama ada tuannya berbohong atau tak.

via GIPHY

Cara kajian ini dilakukan adalah seperti berikut. Tuan anjing akan menunjuk sebuah tempat berisi makanan. Bila anjing berlari mendekat tuannya, cepat-cepat si empunya anjing menyuruh ia berlari ke tempat tiada makanan.

Bila pusingan seterusnya, anjing itu tidak lagi mengikut arahan tuannya. Anjing itu terus melabelkan tuannya sebagai penipu.

via GIPHY

Kajian yang diterbitkan Animal Cognition Journal juga menyatakan respons yang sama ditunjukkan 34 ekor anjing yang lain. Anjing akan memberi respon berdasarkan kepada pengalamannya terhadap seseorang. Ia juga akan menggunakan pengalamannya untuk melihat sama ada ia boleh mempercayai seseorang atau tak.

Anjing juga boleh mengawal interaksi orang lain dengan tuannya. Kalau korang mengapa-apakan tuannya, siaplah! Anjing memang tidak akan berdiam diri.

 

 

 

Sumber: CNN Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my