JENAMA pakaian sukan terkenal Nike nampaknya terus meluaskan pasarannya apabila menghasilkan pakaian renang patuh syariah untuk para muslimah! Lepas ini, para muslimah boleh pergi berenang dengan pakaian yang berkualiti seperti cepat kering, dan mempunyai perlindungan UPF 40+.
Ketika poster pakaian renang patuh syariah itu berlegar di media sosial rasmi Nike sebelum diluncurkan tahun hadapan. Rupanya antara empat model yang menyarungkan baju renang tersebut ialah seorang gadis Malaysia bernama Arinna Erin Wira!
Kalau korang nak tahu, Arinna ini merupakan seorang model dibawah syarikat BAME Models yang berpangkalan di United Kingdom.
Sebagai seorang yang suka berenang, Arinna cakap baju renang keluaran Nike ini selesa terutamanya hijabnya yang buat rambut korang tak akan terkeluar kalau berenang.
Arinna ni baru sahaja menamatkan pengajiannya di Brunel University di London dengan Master of Science in Business Intelligence and Social Media. Wow, beauty with brain!
This site uses functional cookies and external scripts to improve your experience. Which cookies and scripts are used and how they impact your visit is specified on Dasar Privasi.
NOTE: These settings will only apply to the browser and device you are currently using.
Dasar Privasi
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.
Terma Penggunaan
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.
Komen Terkini