Serious?!

Siapa sangka sebenarnya lagu Baa Baa Black Sheep ada kisah hitam iaitu…

Oleh  | 

WAKTU zaman kanak-kanak dulu, memang ada senarai lagu yang cikgu dekat sekolah akan ajar kita. Antaranya ialah Baa Baa Black Sheep, Ring Around The Rosie dan Three Blind Mice yang sangat tekenal. Waktu kecil dulu kita tak pernah pula terfikir nak cari apa maksud lagu tu. Yelah, kita sibuk nak nyanyi dengan menari sahaja.

Baru-baru ini pengguna Twitter berkongsi sejarah gelap disebalik beberapa lagu yang selalu kita dengar waktu zaman kanak-kanak.

Baa Baa Black Sheep

Eleena menjelaskan lagu Baa Baa Black Sheep ini sebenarnya menceritakan protes cukai bulu kambing yang dikenakan oleh Raja Edward untuk membiayai perang menentang pemberontakan di Wales.

London Bridge is falling down

Lagu seterusnya ini mempunyai beberapa teori dan sejarah hitam yang selalu dikaitkan dengannya. Pertama ia dikaitkan dengan serangan tentera Olaf ke atas England. Jadi, katanya lagu ini menceritakan kisah ritual korban kanak-kanak. Ada juga sejarah lain lagu ini tentang kebakaran besar London pada tahun 1666.

The Blind Mice

Lagu ini pula menceritakan tentang hukuman bunuh terhadap 3 paderi yang menganut Katolik. Ratu Mary atau lebih dikenali sebagai Bloody Mary telah membutakan mata paderi dan ini dan membakar mereka hidup-hidup.

Ring around the Rosie

Lagu ini sebenarnya mengisahkan Second Pandemic yang berlaku di London 1665.

Wabak bubonik yang berasal dari tikus, dikatakan membiak akibat dari kencing dan najisnya. Disamping pembentungan najis yang tidak sistematik.

Jadi, begitulah antara  kisah hitam disebalik lagu-lagu yang dahulunya kita rasa sangat riang dan seronok, kan? Jadi, mana satu lagu kesukaan korang dulu?

Sumber: Oh Bulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my