D-Life

Siapa suka dengar ‘earphone’ tu, korang kena tahu ini

Oleh  | 

BAGI sesetengah orang, earphone dah macam kawan karib yang paling setia. Kalau tak ada, boleh ‘pishang’ hidup. Nak lagi kalau korang jenis dengan lagu 24 jam atau suka telefon orang sambil memandu.

Ada juga jenis yang suka dengar lagu kuat-kuat sebab ia sangat membantu untuk lebih fokus bila buat kerja.

Tapi ramai juga sebenarnya yang mengalami sakit telinga sebab terlalu kerap menggunakan earphone. Jadi, apa sebenarnya cara pakai earphone yang selamat dan tak menyakitkan?

via GIPHY

Kajian daripada MRC Institut of Hearing Research menjelaskan volume suara muzik yang biasa didengar menggunakan earphone ialah antara 95-105 desibel. Tapi jika kamu mendengar muzik melebihi 105 desibel sudah dianggap sebagai berbahaya.

Bersihkan earphone

via GIPHY

Ada tak korang bersihkan earphone kesayangan? Hati-hati. Sebab earphone yang kotor akan menjadi tempat tumbuhnya bakteria.

Bukan itu saja. Kalau korang rajin pinjamkan earphone dekat orang pun boleh meningkatkan pertumbuhan bakteria. Bakteria itulah yang meningkatkan risiko terkena jangkitan telinga yang dipanggil otitis eskterna.

Cara guna earphone yang betul

via GIPHY

So, korang juga kena tahu beberapa cara guna earphone supaya tak sakit telinga.

Antaranya ialah korang jangan pakai earphone lebih dari  5 jam untuk satu kali sesi. Bagi masa untuk rehat kejap dan sambung semula. Kalau korang berada dekat satu tempat yang bising, apa kata korang pergi ke satu tempat yang sunyi untuk buat telinga kamu berehat. Lagi satu, tak elok tau dengar earphone kalau nak menyeberang jalan sebab korang berisiko untuk terlibat dalam kemalangan.

Tak salah kalau kita nak enjoy lagu-lagu atau podcast guna earphone. Tapi ingat, kesihatan dan keselamatan pun penting juga tau! bye!

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my