Kolaborasi

Siapa yang asyik makan tumpah dekat baju, meh baca ni!

Oleh  | 

MARAH betul bila kita penat-penat kerja untuk beli baju kesukaan. Tiba-tiba bila makan, entah macam mana pula boleh terkena baju tu! Lagi nak buat mengamuk bila kesan kotoran itu tak boleh hilang walau dah 3 kali sumbat dalam mesin!

Itu kalau baju kita beli sendiri. Macam mana pula kalau itu baju yang kekasih bagi? Mahunya menangis tak berlagu.

Jom kita tengok sikit apa petua kalau hadapi masalah yang sama dan korang boleh selamatkan baju kesayangan korang dari menjadi harta karun dalam almari.

Ubat gigi

via GIPHY

Okey, ini win. Waktu zaman sekolah dulu sis pun selalu terconteng pen dekat baju. Tak tahu macam mana boleh jadi begitu. Mungkin sebab terlalu rajin belajar walaupun markah peperiksaan sendu. Memang orang selalu pesan guna ubat gigi dan sental sikit. Guess what? Memang menjadi! Antara kotoran lain termasuklah kesan kotoran macam minyak, lipstick dan kopi.

Jus lemon

via GIPHY

Jangan disangka jus lemon hanya boleh buat detox. Ia mengandungi asid yang boleh menghilangkan kesan kuning dan kotoran pada baju. Cerita dia senang sahaja, saudari. Ambil sebiji lemon dan perahkan pada kotoran baju. Senang kan?

Cuka

via GIPHY

Jangan nak ‘ewwwww’ sangat bila nampak tahi lalat pada baju. Siapa suruh biarkan baju tak bersidai lama-lama. Jangan risau sebab ia masih boleh diselamatkan. Caranya ialah rendam dengan air cuka semalaman. Selepas itu, sental pakaian dengan  air limau nipis dan jemur bawah cahaya matahari. Ia membantu  menghilangkan tahi lalat dan kulat.

Kalau macam renyah saja nak buat apa yang kat atas ini. Boleh juga cari benda yang mudah dan murah serta dapat memberikan kesan yang serupa. Contohnya macam ni ha. Tinggal spray sahaja. Kalau itu pun malas juga, azan sajalah dekat telinga masing-masing. Biar rajin sikit. Oklah sis chow dulu!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my