Dhiaventure

‘Siapa yang berani turun dekat tingkat 11 tu?’

Oleh  | 

Paranormal

CERITA ini berlaku sendiri pada Syai di sebuah rumah dekat Sentul waktu dia masih kanak-kanak. Di blok rumah Syai, beberapa orang dah mengalami kejadian lif berhenti di tingkat 11 dan terus ke bawah.

Ada beberapa kejadian yang meragut nyawa orang dan setiap kali itu berlaku, lif itu akan berhenti dekat tingkat 11.

“Masih ingat lagi dalam ingatan aku ni pintu lif dekat tingkat 11 tu kena seal. Tapi tak ada orang yang lakukan sesuatu, panggil ustaz atau sami untuk membersihkan tempat itu. Tapi orang kata itu semua sebab kemalangan”

Nak dijadikan cerita, ada satu malam itu aku balik pukul 2 pagi. Aku naik tingkat 12. Memang tak ada orang turun tingkat 11 itu. Tapi bila dekat tingkat 11, lif tu tiba-tiba berbunyi macam ada orang nak turun.

“Lif tu berhenti tapi pintu tak buka. Lepas tu dia turun dekat tingkat 5 dan pintu tak buka. Aku terajang pintu dan minta tolong. Lepas aku minta tolong, lif tu naik balik dan berhenti dekat tingkat 11.

“Waktu itu, pintu terbuka sendiri tapi keadaan sangat gelap. Aku baca-baca apa yang patut dalam keadaan mulut kering.

FOTO: fiksyenshasha.com

“Bila pintu lif nak tutup, dia terbuka balik. Aku nampak ada bayangan hitam berdiri pandang aku dan aku jerit ‘Allahuakbar’ sekuat hati.

“Lepas tu pintu tertutup dan terus ke ground floor. Dekat situ dah ada orang tunggu dan diorang tanya kat aku apa jadi. Diorang bawa aku ke surau.”

Dekat surau baru kitorang berborak balik. Abang tu pun cakap sebenarnya lif yang aku naik tu rosak sebenarnya tak bergerak pun.

Cerita penuh di Ais Kacang.com.my

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my