Serious?!

Sibuk bisnes, Neelofa tarik diri dari Anugerah Bintang Popular 32

Oleh  | 

Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa Mohd. Noor mengumumkan menarik diri daripada Anugerah Bintang Popular (ABP) bagi memberi fokus kepada perniagaannya.

Berita itu dikongsikan Neelofa menerusi satu kenyataan di laman Instastory miliknya.

“Buat masa ini Lofa agak sibuk dengan penjenamaan semula Neelofa Hijab dan beberapa hal berkaitan perniagaan. 

Jika sudah tidak lagi sibuk, Lofa akan kembali aktif dalam bidang seni. Jika sudah kembali aktif, barulah rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah”

Pelakon heroin Lemak Kampung Santan itu bakal berehat daripada bertanding di ABPBH untuk edisi kali ini dan akan datang.

FOTO: Pinterest

“Lofa masih memberi sokongan. Mana mungkin melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta sepanjang bersama kalian?” tulisnya.

Terdahulu, Neelofa pernah membawa pulang gelaran penerima Anugerah Bintang Paling Popular yang ke 29 selain pernah membawa pulang trofi Pengacara TV Wanita Popular dan Pengacara TV Popular selama lima tahun berturut-turut.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my