D-Life

Sibuk sangat ke sis?! Nah senaman senang untuk korang

Oleh  | 

GAYA hidup serba pantas kini membuatkan kita terperangkap dengan masa. Pusingan jam sebanyak 24 jam tidak pernah merasa cukup. Banyak perkara yang perlu catch up sehinggalah kita sendiri lupa tentang penjagaan dirinya terutamanya kesihatan. Sedang umur masih muda dan langkah masih gagah ini kita tidak patut ambil kesempatan. 

Kenapa kita suka cipta alasan untuk tidak bersenam padahal ia hanya memerlukan setengah jam dari 24 jam. Jom sistur cuba bantu anda dengan memberikan idea senaman yang paling mudah untuk anda curi masa dari kesibukan kerjaya. 

Larian

Paling senang dan tak perlu bayaran atau aksesori bersukan. Cukup hanya dengan pakaian dan kasut yang selesa. Dalam setengah jam anda boleh habiskan dalam 3 kilometer larian. Larian adalah asas senaman yang paling terbaik kerana ia mengekalkan kesihatan organ penting, peredaran darah dan nyah segala tekanan yang ada!  

Plank

Mungkin pada permulaan tidak mampu untuk menjayakan sesi plank selama setengah jam. Namun anda boleh menggantikan dengan beberapa sesi yang sesuai. Senaman plank boleh memperbaiki teras abdomen, cara pernafasan dan menguatkan otot.  

Kelas aerobik 

Jika anda memang seseorang yang tidak boleh komited dengan masa. Cuba komited juga dengan wang. Apa yang dimaksudkan ialah labur sedikit untuk ke kelas aerobik atau zumba. Biar mainan psikologi buat anda terseksa merasa membazir untuk tidak setiap kali mengikuti kelas. Bayangkan anda bukan sahaja bersenam tapi boleh meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran tarian anda.

Berenang

Walaupun ia kelihatan santai tapi berenang antara senaman yang paling sempurna! Berenang mampu membakar kalori, mencantikkan bentuk badan dan paling menarik ia dapat memperbaiki keadaan mental serta mood anda. 

Tak banyak pun, sekurang-kurangnya setengah jam dalam satu hari anda! Percayalah dari empat pilihan senaman diatas anda akan mengalami perubahan yang tidak disangka-sangka. Apa pun tepuk dada, tanya selera. 

 

Penulis: Izzah Ab Aziz

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my