Inspirasi Dhia

Sibuk seharian dengan tugasan? Tenangkan diri dengan cara ini

Oleh  | 

TEKANAN dalam tugasan dan pekerjaan yang banyak akan memberikan kamu tekanan. Kamu boleh menyelamatkan diri dari keserabutan fikiran dengan melakukan meditasi.

Bila dengar sahaja perkataan meditasi, mesti kamu terbayang orang yang duduk bersila sambil menutup mata. Menurut pakar meditasi Dr. Carla Marie Manly, meditasi boleh dicapai dengan melakukan perkara-perkara yang mungkin kamu lihat sebagai perkara remeh sebelum ini.

via GIPHY

Kesibukan yang kita lalui seharian membuatkan kita  melakukan hal dengan tergesa-gesa sehingga terlupa untuk menghargai setiap saat yang hadir dalam hidup kita. Tapi dengan melakukan perkara seperti di bawah, kita akan dapat mengembalikan ketenangan ke dalam diri kita. Nak tahu apakah aktiviti tersebut, jom kita cuba bersama-sama!

Basuh pinggan

via GIPHY

 

Kepada yang asyik merungut cuci pinggan akan membuatkan tangan mereka kering dan kasar, jangan terkejut rupanya ia juga boleh menjadi sebahagian daripada rutin meditasi. Caranya ialah kamu membasuh piring tersebut dengan perlahan sambil memerhatikan buih-buih sabun yang terhasil semasa kamu mencuci pinggan

Minum  secawan kopi

via GIPHY

Selain itu, minum secawan kopi dikatakan dapat memberikan ketenangan, terutamanya ketika waktu pagi. Semasa menikmati kopi, apa kata kamu fikirkan hal-hal manis dan menyingkirkan fikiran negatif yang kamu hadapi semalam. Ingat, setiap hari adalah kesempatan baharu untuk menciptakan perubahan!

Mandi!

via GIPHY

Betul, ini juga adalah waktu yang tepat untuk meditasi. Hargailah masa ketika kamu meletakkan sabun di telapak tangan dan menyapunya di anggota badan dengan mata tertutup. Jangan bebankan fikiran kamu dengan perkara yang membuat kamu resah atau apakah tentang kerja kamu di pejabat.

Bermain dengan kucing kesayangan

via GIPHY

Kalau kamu  nak tahu bermain dengan haiwan peliharaan juga dapat membantu kamu mengatasi tekanan. Dengan memeluk haiwan atau menciumnya, kamu sebenarnya sedang memberikan kasih sayang kepada diri sendiri juga.

Berdasarkan kesemua cara di atas, ternyata meditasi tidak memerlukan kamu berbelanja lebih untuk melancong ke luar negara untuk menghilangkan tekanan. Lakukan sahaja perkara di atas. Okay, girls?

Sumber:  Medical Daily

dhia.com.my