Serious?!

Sikit lagi nak histeria sebab Kaw Kaw Day gempak gila!

Oleh  | 

SUMPAH havoc gila bila ada make up, baju, kasut, beg, makanan, pokok, tudung, food truck dan minyak masak ada dekat Kaw Kaw Day hari itu! Semuanya sebab sis malas nak duduk rumah lama-lama. Maka sis pun gigihlah ke MyTown, Cheras sebab nak tengok apa yang bestnya dekat sini.

Jeng, jeng! Sumpah tak tipu memang gempak gila. Kalau korang nak tahu apa yang menarik tu, pastikan korang baca artikel ni sampai habis tau.

Sis ni memang tak boleh sikit kalau nampak barang cantik lepas tu harga pula murah. Tapi dekat Kaw Kaw Day haritu, berlambak barang yang murah dan sis pun terpaksa beristighfar menguatkan iman agar tak memborong terlalu banyak.

Bukan itu sahaja tau, siap ada game pula tu! Korang hanya perlu bayar RM15 dan korang akan dapat macam sebiji bola yang ada tertulis apakah hadiah yang bakal korang dapat. Bila dah buka bola tu, cepat-cepat pergi tebus dekat booth terdekat. Cuba teka sis dapat apa? Minyak masak weh bolehlah sis rajinkan diri ke dapur selepas ini. Gitu!

Bila dah penat main game, mestilah perut lapar. Korang pergi je booth yang ada jual macam-macam benda dekat situ macam pencuci mulut  (habislah diet, sis), jus mangga susu, chicken chop, pasta, argh banyak lagi la!  Sampai tak tahu nak rasa yang mana satu dulu.

Highlight of the event bagi pendapat sis mestilah demo masakan. Yelah, sis kan memang suka masak. Tekun jugalah sis tengok diorang ni masak makanan orang Mexico menggunakan minyak masak Adela Oil. Minyak masak ni pulak sis dengar cerita boleh guna untuk semua jenis masakan yang bergoreng dan korang boleh jugak guna dalam makanan yang sudah siap dimasak!

Lagi satu, korang tahu tak korang boleh dapatkan minyak Adela Oil free kalau korang main  satu game ni yang hanya perlu membayar serendah RM 15!  Dapat jimat duit dengan main permainan ni.

Kaw Kaw Day hari itu sumpah bertambah meriah dengan kehadiran announcer radio daripada kool fm, Hot Fm dan jugak Fly fm! Diorang pula siap bagi macam-macam hadiah. Tapi malangnya bateri telefon sis dah nak habis jadi tak sempat bergambar. Mereka ni pula memang kaki bising ada yang buat lawak la dan ada juga yang bernyanyi. Meriah macam nak pecah la booth announcer ni.

So macam mana weekend korang? meriah tak macam sis? Mana yang tak dapat pergi tu, tak apa mana tahu akan datang ada lagi Upcoming event? Nanti korang datang lah beramai-ramai okay!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my