D-Life

Simpan, jangan buang! Banyak manfaat daripada kulit pisang

Oleh  | 

KEBANYAKAN orang, lepas makan pisang, mesti buang kulitnya, kan? Hal ini demikian kerana, ramai orang menganggap kulit pisang sampah tak guna. Padahal, ramai yang orang tak tahu, banyak manfaat yang boleh didapati daripadanya.

Malah, kulit pisang juga masih tersisa nutrisi-nutrisi seperti karbohidrat, magnesium, vitamin B dan juga serat.

Demi mengurangkan sisa buangan dalam tong sampah, berikut kami rangkumkan antara manfaat daripada kulit pisang.

 

Menjadi bahan masakan

Haa, mesti ramai yang terkejut kan. Sebenarnya kulit pisang memang boleh dijadikan bahan masakan. Caranya cuci bersih kulit pisang tersebut dan rebus untuk tempoh 10 minit supaya teksturnya lembut. Setelah itu, bolehlah kamu kisar menjadi smoothie, dihaluskan sebagai adunan muffin dan sebagainya.

 

Bahan untuk mengempukkan daging

Kulit pisang juga boleh digunakan untuk mengempukkan daging. Caranya, letakkan kulit pisang ke dasar periuk sebelum kamu letakkan daging di atasnya. Kulit pisang akan menjaga kelembapan daging yang membuatkanya lembut ketika dimakan nanti.

 

Mengilatkan kasut

Lupakan pengilat kasut! Gunakan sahaja bahagian dalam kulit pisang untuk mengilatkan kasut. Buang dahulu serabut yang ada pada kulit tersebut dan sapukan pada kasut kulit. Kemudian lap dengan kertas tisu. Jangan tak tahu, selain kasut, fungsi yang sama juga boleh digunakan kepada perabot rumah.

 

Baja semula jadi

Mudah sahaja. Kamu cuma perlu benamkan kulit pisang ke dalam tanah pohon kamu. Dengan ini tanaman kamu akan mendapat nutrisi yang diperlukan. Selain itu, tumbuhan kamu juga terhindar daripada serangan kutu dan haiwan perosak.

 

Menghilangkan rasa gatal

Kajian daripada sekumpulan pengkaji di Thailand membuktikan ekstrak kulit pisang memiliki sifat anti-inflamasi. Oleh sebab itu, kulit pisang dikatakan dapat mengatasi gangguan kulit akibat gigitan serangga. Kulit pisang juga malah mampu atasi poison ivy yang menimbulkan reaksi alergi.

 

 

Sumber:  Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my