D-Life

Skema jawapan untuk korang tutup mulut makcik-makcik bawang. Oops!

Oleh  | 

DI majlis kenduri kahwin, acara keluarga, rumah terbuka malah di dalam lif pangsapuri pun, makcik bawang memang ada di mana-mana sahaja. Ada sahaja yang mahu dikepohkan mereka, daripada hal-hal biasa menjalar sampai kepada hal-hal peribadi. Busy body betul!

Iyalah, kadang-kadang kita faham, makcik bawang ni nak cari point berbual, jadi dia tanyalah soalan-soalan yang dia rasa perlu untuk ditanya. Meskipun sakit atau meluat nak jawab, soalan-soalan makcik bawang yang annoying tu haruslah kamu santuni dengan baik.

Tak tahu macam mana nak jawab dengan baik walaupun tengah sakit hati dengan makcik bawang? Haa, ini Dhia senaraikan skema jawapan yang mungkin berguna untuk kamu!

“Eh, bila kamu nak kahwin ni?”

Ish, ini soalan yang paling dielak oleh gadis-gadis bujang. Ini soalan sensitif tau! Kamu mungkin belum ada calon lagi, atau mungkin sahaja kamu sudah ada calon tetapi ‘ongkos’nya belum cukup. Apa kata kamu balas sahaja dengan lembut “Saya ada perancangan ke arah itu makcik, masih kumpul duit, yalah kenduri kan makan belanja besar. Besar hati saya sekiranya makcik nak taja sedikit sebanyak!” hah pasti makcik bawang tu dah tak berani tanya kamu lagi.

 

“Eh, dah kahwin, bila nak ada anaknya?”

Eh tak kahwin ditanya, dah kahwin pun kena lagi! Ada-ada sahajalah makcik bawang ni kan. Tapi jangan panik atau marah apabila diajukan soalan sebegini. Jawab sahaja, “Memang ada usaha ke arah itu makcik, tapi biasalah anak ni kan rezeki Tuhan. Saya tak beranilah nak pula nak persoalkan rezeki Tuhan ni.” Sopan dan pedas, kan? Pasti tersedak air teh makcik tu dengar jawapan kamu.

 

“Dah habis belajar ni, bila nak kerjanya?”

Tak semua makcik-makcik bawang faham keadaan semasa bahawa sekarang lulusan universiti sangat susah nak cari kerja kalau tak ada pengalaman. Iyalah, zaman sekarang tak macam zaman dahulu; keluar je universiti berebut orang mahu ambil kerja. Apa kata kamu jawab je dekat makcik bawang tu, “Makcik, kalaulah bapak saya ada company besar, dah lama saya dah ada kerja. Kerja sekarang bukan senang nak cari makcik.” Hah, kalau makcik bawang yang sedang berdepan seorang usahawanita berjaya “makcik tak ada kerja kosong ke untuk saya?”

 

Pokok pangkalnya, kamu kenalah menyantuni makcik-makcik bawang ni dengan jawapan yang berhemah tetapi dalam masa yang sama menyentap. Hah, gitu! Tetapi kamu janganlah berkurang ajar pula. Kadang-kadang makcik bawang ni bukan nak kepohci sangat, mereka cuma mahu ambil berat je. Jadi, kekal cool, okay!

1 Comment

  1. Kerja Kosong

    26 December 2018 at 9:07 am

    Makcik bawang memang macam tu.Kadang-kadang kena sound setepek baru padan muka depa. Hahaha. Cakap ikut sedap molot je!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my