D-Life

‘Sleeping beauty’? Ini sebab kenapa perempuan kena banyak tidur berbanding lelaki!

Oleh  | 

SIAPA kata mudah menjadi perempuan? Kajian yang dilakukan Sleep Research Center, Loughborough University menunjukkan perempuan memerlukan tidur lebih lama sekurang-kurangnya 20 minit berbanding lelaki.

Ini kerana otak perempuan lebih sibuk dan multi-tasking berbanding lelaki.

Otak perempuan juga lebih kompleks daripada lelaki. Maka, perempuan memerlukan lebih banyak waktu untuk berehat dan tidur di waktu malam.

via GIPHY

Dalam sebuah jurnal lain bertajuk Brain, Behaviour and Immunity menunjukkan masalah tidur lelaki dan perempuan dikaitkan dengan tekanan psikologi yang besar. Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan risiko penyakit jantung dan diabetes.

Namun, risiko yang kita nyatakan tadi lebih menjurus kepada perempuan. Sekiranya kita kurang tidur, kamu akan berhadapan dengan risiko kemurungan dan menjadi pemarah secara tiba-tiba.

via GIPHY

Tempoh waktu tidur perempuan juga berbeza daripada lelaki. Perempuan memerlukan waktu lebih setengah jam untuk mendapatkan tidur yang puas berbanding lelaki.

Jadi, tak salah jika sekiranya kita mengantuk dan masuk tidur lebih awal berbanding lelaki. Ia penting untuk memberi kecerdasan dan kekal cantik setiap hari. Selamat terlena sleeping beauty!

 

 

 

Sumber: Theasianparent

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my