Dhia Glam

#Sneakerlah: Havoc! Penampilan ‘head-to-toe’ Cik B rupanya berharga RM30 ribu!

Oleh  | 

KALAU korang aktif di laman sosial, mesti korang sudah mengenali anak usahawan terkenal Dato Seri Vida iaitu Cik B! Mewarisi bakat berniaga ibunya, Cik B kini sudah menjadi usahawan sebaik sahaja produk Salted Egg Salmon Skin keluarannya mendapat sambutan memberangsangkan.

Tidak hairanlah jika Cik B mampu membeli dan menyarungkan item yang mewah melengkapi persalinannya sehari-hari. Team Dhia sempat bertemu dengan Cik B semasa event Sneakerlah baru-baru ini. Apalagi, Cik B pun buka mulut tentang berapakah harga sebenar head-to-toe miliknya!

Untuk kasut, dia mengakui ia berharga sekitar RM 4,000 sehingga RM6,000. Manakala untuk seluar Cik B yang berwarna-warni itu, ia sekitar  RM700 ke RM1,500, Baju sekitar RM1,850, Beg Gucci bernilai RM 6,800. Seterusnya, tentu sahaja item yang paling mahal digayakan Cik B ialah Bagpack yang berharga sekitar RM10,000.

Menurut Cik B, total keseluruhan outfit pada hari tersebut ialah sekitar RM30,000! OMG, Yes girl! Ternganga juga kita mendengarnya.

Usahawan cilik itu juga sempat memuat naik gambarnya di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Everyone is not good, but there’s something good in everyone.❄️

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ®🥭 (@cikb_havoc66) on

Ha! Kalau korang teringin nak beli barang macam Cik B, kenalah jadi usahawan dulu. Agak-agaknya, apa barang yang korang nak jual eh kalau nak mulakan perniagaan?

Oh ya, sebelum sis terlupa, korang boleh je jual barang dekat platform kami. Pergi je dekat Sis Jual! 

 

Nak beli kasut tapi malas nak pegi mall? Jangan risau sebab JD Sports ada free delivery guys! Yang penting tanpa had pembelian.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my